Jaringan Ke-40 Salah dan Sejarah Yang Telah Tercipta Yang Perlu Kau Tahu

Encik Bakri oleh Encik Bakri 7 bulan yang lalu

The Egyptian King memberi impak yang padu kepada Liverpool dan menjadi pemain disayangi di Anfield lantaran kehebatan di padang yang membawa Liverpool ke separuh akhir Champions League.

Kerendahan hati dan keperibadiaan yang mempameran akhlak yang tinggi diluar padang menambahkahkan rasa sayang orang ramai kepada Salah.

Kecemerlangan Salah membolehkan beliau dipilih sebagai Player of The Month (POTM) bukan Pesatuan Tomyam (tu PERTOM) bagi bulan Mac dan gelaran ketiga diraih Salah musim ini.

Kejayaan meraih anugerah pemain terbaik bulanan buat kali ketiga ini menjadikan Salah pemain pertama meraih anugerah pemain terbaik bulanan 3 kali dalam satu musim.

Dalam perlawanan menentang AFC Bournemouth Salah sekali lagi menjaringkan gol dan itu merupakan jaringan ke-40 Salah musim ini bersama Liverpool dalam 45 perlawanan.

Salah sayang Mane!

Dengan musim berbaki beberapa perlawanan lagi, Salah dijangka memecahkan rekod dan mencipta sejarah baru bersama Liverpool.

Nak menanti musim tamat, marilah kita menyelami fakta dan auta yang terhasil dari 40 gol Salah.

1. Salah muncul pemain pertama Liverpool menjaringkan 40 gol (45 perlawanan) semusim sejak Ian Rush melakukannya pada musim 1986/87 dalam 57 perlawanan.

2. Salah menjadi ahli kelab ekslusif 40 gol semusim yang ketiga selepas Roger Hunt dan Ian Rush.

3. Salah pemain kedua terpantas menjaringkan 30 gol liga dalam 32 perlawanan dibelakang George Allan yang menjaringkan 30 gol dalam 31 perlawanan pada 1896. Betul-betul pra-sejarah.

4. Salah menjadi pemain Premier League ke-8 yang menjaringkan 30 gol semusim selepas Andy Cole, Alan Shearer, Kevin Phillips, Thierry Henry, Cristiano Ronaldo, Robin van Persie dan Luis Suarez.

Tonggak utama pasukan Mesir.

5. Chelsea

6. Arsenal

7. Ian Rush merupakan penjaring terbanyak Liverpool dalam semusim dengan 47 gol. Salah hanya 7 gol di belakang. Mampukah Salah memecahkan rekod?

8. Pemain dari Benua Afrika pertama menjaringkan 30 gol di Premier League memecahkan rekod dipegang Didier Drogba yang menjaringkan 29 gol pada mus 2009/10 bersama Chelsea.

9. Mata burung unta lebih besar dari otak mereka, tapi hal tersebut tidak serta-merta membuat mereka bodoh.

10. King of Egypt muncul pemain Premier League pertama menjaringkan 40 gol dalam semua kejohanan sejak Cristiano Ronalda melakukannya pada musim 2007/08 dengan 42 gol semusim. Ke Real Madrid lepas ni?

11. Masa muda jangan pernah sia-siakan, simpankan sebagai memori, jadikan polaroid.




Paparkan Komen