Inilah Faktor Utama Kenapa Indonesia Mampu Tewaskan Thailand

The Sukan oleh The Sukan 1 minggu yang lalu

Kejutan dilakar Tim Nasional (Timnas) Muda Indonesia, yang nyata bukan kaleng-kaleng tidak seperti pasukan kakeknya apabila memulakan saingan Sukan SEA 2019 dalam acara sepak bola dengan penuh bergaya.

Juara pingat emas Sukan SEA 2017, Thailand berjaya ditundukkan Garuda Muda dengan dua gol tanpa balas dalam perlawanan kumpulan B yang berlangsung di Rizal Memorial Stadium, Filipina.

Bola sepak Indonesia kini dilanda kemerosotan yang agak teruk dan para pendukungnya menyalahkan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) yang korup dan gagal menyediakan liga yang baik.

Oleh kerana permainan antara Thailand dan Indonesia ini tidak ditonton secara langsung untuk tempoh 90 minit maka tidak patutlah untuk berbicara mengenai analisis taktikal atau statistik perlawanan.

Lagipun analisis taktikal atau penjelasan statistik perlawanan bukanlah kepakaran penulis maka setelah diselidiki di media sosial yang bergelar Twitter maka sebab musabab kenapa Indonesia boleh menewaskan Indonesia diketahui.

Menurut ciapan dari pengguna Twitter, faktor utama yang meransang semangat dan kekentalan luar biasa Garuda Muda datang daripada seorang wanita yang bernama Maria Ozawa atau mesra disapa Miyabi.

Menurut laporan media Indonesia Maria Ozawa merupakan seorang pelakon filem dewasa yang jelas nampak dewasa bukan anak-anak lagi datang memberikan sokongan dengan memakai jersi pasukan Garuda.

Miyabi saat ini diketahui menetap di Manila, Filipina dan wanita berusia 33 tahun itu kini sudah tidak lagi bermain dalam filem dewasa dan aktif menjadi duta dari produk dan laman sesawang judi.

"Saya datang sebagai brand ambassador. Saya lihat Indonesia suporternya fanatik dan semoga hari ini menang."

Datang sebagai duta, Miyabi telah membuat satu prediksi yang tepat mengenai kemenangan Indonesia dan akan hadir lagi diperlawanan mendatang.

"Buat saya Indonesia adalah negara yang spesial. Makanya saya hari ini memakai jersey Indonesia. Saya berharap Timnas Indonesia bisa meraih kemenangan 2-0 dan saya berencana datang lagi pada pertandingan berikutnya." ujar Miyabi.

Kehadiran Miyabi langsung dimanfaatkan para pendukung untuk berswafoto kerana nama wanita asal Jepang itu memang tersohor di Indonesia pada awal 2000.

Miyabi juga kini menjadi trending di Indonesia dalam sekilas saat dan dibawah merupakan ciapan rakyat Indonesia.

Kenapa Indonesia bisa menang melawan Thailand? faktor utamanya adalah didukung Maria Ozawa. Itulah kenapa pemain-pemain muda Indonesia termovitasi semangatnya dari Maria Ozawa. Indonesia butuh Maria Ozawa. Ape lo! Ape lo! Ape lo!

Pantesan menang ada Maria ozawa. Kalo gini setiap Indonesia main Maria Ozawa harus nonton biar menang.

Maria Ozawa (miyabi) yang ternyata lebih Indonesia dibanding Agnes monica..

Penyatu bangsa

Sudah ada claim bahawa Maria Ozawa darah Indonesia. Numpang lahir di Jepang.

Man of the match dan MVP perlawanan.

Inilah ucapan Miyabi yang menaikkan semangat Indonesia. Go Indonesia, You can do it.

Mirip Inul katanya.

Lelalki ini mahu balas budi Maria Ozawa dengan menonton filemnya.



Paparkan Komen