Henderson Nekad Bantu Liverpool Tamatkan Kemarau 29 Tahun Tanpa Kejuaraan Liga

Izuddin oleh Izuddin 2 bulan yang lalu

Kapten Liverpool, Jordan Henderson nekad mahu membantu Liverpool menamatkan kemarau trofi dan percaya masanya telah tiba untuk Liverpool mengambil 'langkah terakhir' dengan memenangi piala musim ini.

Henderson juga mendakwa skuad Liverpool musim ini merupakan skuad Liverpool paling bagus pernah beliau saksikan sejak menyertai kelab tersebut dari Sunderland pada tahun 2011.

Henderson nekad bantu Liverpool tamatkan kemarau 28 tahun tanpa sebarang kejuaraan liga

The Reds berjaya mengharungi permulaan musim yang sempurna apabila mencatatakan 4 kemenangan dalam 4 perlawanan setakat ini. Keputusan tersebut telah meletakkan Liverpool di persada Liga Perdana Inggeris dimana mereka berkongsi mata dengan Chelsea dan Watford yang hanya dibezakan dengan perbezaan gol sahaja.

Menambah lagi keyakinan peminat Liverpool terhadap pasukan mereka musim ini adalah prestasi bahagian pertahanan yang hanya melepaskan satu gol sahaja setakat ini, itupon selepas Alisson Becker dirasuk semangat 'Karius' buat seketika ketika menentang Leicester dua minggu lalu.

Turut berkongsi pendapat yang sama dengan Henderson adalah bekas kapten Liverpool pada era kegemilangan mereka dahulu, Graeme Souness. Souness mendakwa skuad Liverpool musim ini merupakan skuad terkuat pernah beliau saksikan sejak tahun 1990, iaitu tahun terakhir Liverpool menjulang trofi liga.

Skuad Liverpool terkuat sejak 1990. Setuju ?

Henderson mengakui masanya telah tiba untuk Liverpool membuktikan kemampuan mereka memenangi trofi selepas sekian lama mandul.

"Corak bola sepak yang ditunjukkan kami sepanjang musim lalu  merupakan antara yang terbaik pernah saya saksikan, mungkin juga yang paling baik."

"Kami pernah mempunyai beberapa pemain yang hebat seperti Luis Suarez, Steven Gerrard, dan Philippe Couitinho. Tetapi sekarang, semua pemain dalam pasukan ini menyumbang dalam membentuk skuad yang hebat."

"Sejak Jurgen Klopp tiba di Liverpool, beliau berjaya membawa kami ke landasan yang betul dan sekarang adalah masanya untuk mengambil langkah 'terakhir' iaitu memenangi trofi. Ia merupakan perkara yang besar bagi Liverpool."

Henderson turut memberitahu perbezaan ketara di antara skuad Liverpool musim ini dengan skuad musim lepas yang berjaya mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah dan menduduki tangga ke-4 Liga Perdana Inggeris.

"Dari segi pertahanan, kami kini lebih padu dan kukuh. Untuk memenangi liga, anda perlu mempunyai pertahanan yang bagus, atau yang paling baik."

Dilantik sebagai kapten Liverpool selepas pemergian Steven Gerrard

"Semua orang tahu mengenai kemampuan Liverpool untuk menjaringkan gol. Jadi sekarang sebagai satu pasukan, kami perlu mencari cara untuk bertahan dengan betul. Ia melibatkan semua pemain bermula dari penjaga gol sehingga penyerang. Itulah yang sedang kami usahakan sekarang."

Henderson merupakan antara pemain paling senior dalam skuad Liverpool sekarang dan musim ini bakal menjadi musim ke-8 beliau dalam jersi The Reds.

Henderson dinamakan sebagai kapten Liverpool selepas pemergian Steven Gerrard ke MLS pada tahun 2015.




Paparkan Komen