Hazard Akui Berbelah Bahagi Sama Ada Untuk Memilih Real Madrid Atau Chelsea

Izuddin oleh Izuddin 2 bulan yang lalu

Bintang sensasi Chelsea, Eden Hazard mengakui beliau masih lagi berbelah bahagi dalam membuat pilihan sama ada untuk menandatangani kontrak baru bersama Chelsea atau berpindah ke Real Madrid.

Pemain antarabangsa Belgium itu mendedahkan beliau kini bersedia untuk berbincang dengan pemilik kelab, Roman Abramovic untuk melanjutkan kontraknya di Stamford Bridge tetapi masih memasang impian untuk bermain dengan Real Madrid pada satu peringkat dalam kariernya.

Hazard menjaringkan gol ke-8 liga musim ini

Hazard akan memasuki tahun terakhir dalam kontraknya pada penghujung musim nanti tetapi beliau enggan mengikut jejak langkah Thibout Courtois yang 'memaksa' Chelsea menjualnya kepada Real Madrid.

"Saya tidak mahu melakukan perkara yang Coutois lakukan dulu. Saya hanya mahukan perkara yang terbaik buat saya, tetapi saya juga mahukan yang terbaik buat kelab ini kerana Chelsea telah memberikan saya segala-galanya."

Hazard berjaya menjaringkan gol ke-8 dalam Liga Perdana Inggeris musim ini ketika Chelsea menewaskan Southampton 3-0 hujung minggu lalu. Beliau mengakui berada dalam dilemma mengenai masa depannya kerana sukar untuk membuat pilihan sama ada untuk memilih Chelsea atau Real Madrid.

"Saya tidak mahu berkata, 'Ya, saya akan menandatangani kontrak baru di Chelsea'. Tetapi lepas tu, saya tidak melakukannya. Kadang kala dalam kepala saya ketika bangun daripada tidur, saya mahu berpindah ke kelab lain."

Susahnya. Real Madrid dan Chelsea, sama cantik, sama padan.

"Kadang kala saya mahu terus kekal di Chelsea. Jadi ini merupakan satu keputusan yang sukar kerana ia melibatkan masa depan saya. Sekarang saya berumur 27 tahun dan masuk Januari nanti, saya akan berumur 28 tahun."

Hazard meluahkan hasratnya untuk menyertai Real Madrid selepas berakhirnya kempen Piala Dunia 2018 tetapi hajat beliau disekat Chelsea yang enggan melepaskan pada jendela perpindahan musim panas lalu. Hazard percaya beliau masih lagi mempunyai satu perpindahan 'besar' dalam kariernya sebelum bersara.

"Sebab itulah saya bercakap macam tu selepas Piala Dunia. Saya pernah berkata sekarang merupakan masa terbaik untuk berpindah kerana saya mengharungi kempen Piala Dunia yang baik."

"Saya berada dalam prestasi terbaik sekarang. Real Madrid merupakan kelab terbaik di dunia. Saya tidak mahu menipu hari ini."

"Berpindah ke Real Madrid merupakan impian saya sejak kecil lagi. Saya bermimpi untuk bermain dengan kelab tersebut."

Hazard semakin hari semakin mengganas di bawah Sarri

"Saya tidak mahu bercakap mengenai topik ini setiap hari. Saya tidak ada masa untuk perkara macam ni tetapi kita akan bercakap lebih lanjut mengenai masa depan saya selepas ini."

Sejak menyertai Chelsea pada tahun 2012, Hazard telah memenangi 2 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Piala FA, Piala Liga dan Europa League bersama kelab tersebut.




Paparkan Komen