Hamidin : Kejayaan Ke Final Piala AFF Penghargaan Buat TMJ

Encik Bakri oleh Encik Bakri 5 hari yang lalu

Harimau Malaya melakar kejayaan apabila berjaya mara ke final Piala AFF Suzuki 2018 dan lebih manis kejayaan ini diraih dengan mengetepikan Thailand yang merupakan pasukan pilihan.

Kelebihan jaringan tempat lawan menjadi kelebihan buat Malaysia dalam perlawanan yang penuh dramatik dan mendebarkan.

Dua kali ketinggalan dua kali Harimau Malaya bangkit mengikat dengan dua jaringan begitu cantik dan padu.

Debaran kemuncak membawa kepada orgasm yang semulajadi apabila Syahmi Safari memegang bola dalam kotak penalti ketika perlawanan hampir tamat.

Kad kuning kedua sekaligus kad merah serta penalti membolehkan Thailand mendapat peluang terakhir membunuh sisa perjuangan Malaysia.

Namun Adisak Kraisorn gagal menyempurnakan sepakan penalti lalu Thailand terbunuh di kaki pemain sendiri.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin dalam kenyataan selepas kejayaan ini menyeru agar semua peminat tidak jasa individu disebalik kejayaan ini.

"Di sebalik kegembiraan kita meraikan kejayaan skuad Harimau Malaya melangkah ke final Piala Suzuki AFF 2018 selepas menyingkirkan juara bertahan, Thailand di Bangkok, malam tadi, seorang individu ini tidak wajar untuk kita lupakan sumbangan di sebalik tabir."

Individu yang dimaksudkan adalah mantan Presiden FAM.

"Biarpun saya kini adalah Presiden FAM, namun secara peribadi saya berasakan yang Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim selaku mantan Presiden FAM tetap berhak diberikan penghargaan di atas kejayaan skuad kendalian Tan Cheng Hoe ini."

Keputusan mantan Presiden melantik Tan Cheng Hoe adalah bibit kepada kejayaan ini.

"Pertamanya, Cheng Hoe telah dilantik sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan sebelum dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih menggantikan Nelo Vingada pada Disember tahun lalu, iaitu ketika Tunku Ismail masih menjadi Presiden FAM. Ini menunjukkan kesinambungan percaturan yang dicetuskan baginda apabila ia kini sudah membuahkan hasilnya."

Walaupun sudah lama meletakkan jawatan Mantan Presiden sentiasa memberi sokongan disebalik tabir.

"Keduanya, mungkin ramai yang tidak tahu biarpun sudah hampir sembilan bulan Tunku Ismail meletak jawatan sebagai Presiden FAM, baginda merupakan individu di belakang tabir yang sentiasa bersama saya dengan memberikan pelbagai bentuk sokongan untuk meningkatkan prestasi pasukan kebangsaan."

Hamidin juga menyifatkan kunjungan pasukan Harimau Malaya bertemu mantan Presiden sebelum Piala AFF bermula membawa tuah.

Kata-kata semangat dari mantan Presiden menjadi tonik buat Harimau Malaya.

"Ketiganya, sudah tentu perjumpaan khas antara Tunku Ismail dan barisan pemain serta pegawai skuad Harimau Malaya di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada 4 November lalu, iaitu sebelum bermulanya kempen Piala Suzuki AFF 2018 seakan membawa 'tuah' untuk terus bersama skuad Harimau Malaya, insya-Allah sehingga pada kedua-dua aksi final pada 11 dan 15 Disember ini."

"Saya pasti, kata-kata semangat dan motivasi yang dilontarkan baginda pada perjumpaan berkenaan masih tersemat dalam diri dan minda para pemain skuad Harimau Malaya untuk mereka terus bersemangat dan berjuang berhabisan dalam memastikan trofi Piala Suzuki AFF dapat dijulang buat kali kedua selepas penantian selama lapan tahun."

Tahniah buat Tuan Presiden dan Mantan Presiden atas kerjasama yang penuh harmoni demi masa depan bola sepak negara.

Tahniah Harimau Malaya!




Paparkan Komen