Hafizh Syahrin Kembali Mengutip Mata dan Marq Marquez Cipta Sejarah di GP Thai

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 bulan yang lalu

Sejarah tercipta dalam kalendar MotoGP apabila buat pertama kalinya berlangsung di negara Thailand di Chang International Circuit yang terletak di Buriram.

Marq Marquez juga tercatat dalam sejarah apabila menjadi pelumba pertama menjuarai perlumbaan kelas MotoGP di Thailand. Tempat kedua menjadi milik Andrea Dovizioso dan Maverick Vinales berada di tempat ketiga.

Valentino Rossi yang bermula dari petak hadapan mendahului perlumbaan sebelum dipotong oleh Marq Marquez pada pusingan kelapan dan Andrea Dovizioso di pusingan ke-11.

Pelumba sensasi Malaysia, Hafizh Syahrin kembali mengutip mata apabila menamatkan perlumbaan di tangga ke-12 sekaligus mengutip 4 mata berharga. El Pescao gagal mengutip sebarang mata dalam 4 perlumbaan sebelum ini.

Dengan baki 4 perlumbaan lagi Marc Marquez kini gah mendahului carta dengan 271 mata jauh meninggalkan Andrea Dovizioso dengan perbezaan 77 mata. Menang satu perlumbaan lagi Marquez muncul juara keseluruhan.

Hafizh Syahrin berada di kedudukan ke-18 keseluruhan dengan kutipan 18 mata dan peluang untuk menjadi Rookie of the year masih ada dengan baki 4 perlumbaan.




Paparkan Komen