Gilberto Silva: Casemiro Pemain Tengah Bertahan Terbaik Dunia Ketika Ini

Izuddin oleh Izuddin 4 bulan yang lalu

Bekas pemain Arsenal, Gilberto Silva percaya pemain tengah Real Madrid, Casemiiro merupakan pemain tengah bertahan dunia ketika ini dan mendakwa pemain tersebut bakal memainkan peranan penting buat Brazil sekiranya mereka mahu mememanangi Piala Dunia.

Casemiro merupakan pemain penting buat Real Madrid sejak beberapa musim kebelakangan  ini dimana beliau membentuk trio tengah yang cemerlang bersama Toni Kroos dan Luka Modric.

Jika tugas Kroos dan Modric lebih kepada merencana gerakan pasukan, Casemiro pula bertindak sebagai protector kepada barisan pertahanan Madrid.

Brazil memerlukan Casemiro untuk mengharungi kempen Piala Dunia yang cemerlang

Casemiro dianggap sebagai tugas belakang kepada kejayaan Real Madrid menggondol trofi Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-3 berturut-turut musim ini.

Brazil akan membuka kempen Piala Dunia 2018 dengan pertemuan menentang Switzerland disusuli dengan Costa Rica dan Serbia.

Sasaran minimum bagi skuad Brazil kali ini adalah untuk mara sehingga peringkat separuh akhir dan pencapaian kurang daripada itu boleh dikira sebagai gagal.

Tidak seperti Neymar, Philippe Coutinho dan Gabriel Jesus, nama Casemiro jarang meniti di bibir peminat Brazil kerana pemain ini bertanggungjawab melakukan kerja-kerja kotor untuk pasukan dan jarang menjaringkan gol.

Walaupun demikian, Gilberto yang memainkan peranan yang sama ketika Brazil muncul juara Piala Dunia 2002 percaya Casemiro merupakan komponen penting dalam perancangan Tite.

"Bagi saya, Casemiro merupakan salah seorang pemain terbaik dunia, dan mungkin juga pemain tengah bertahan terbaik ketika ini."

Antara anak emas Zinedine Zidane kerana peranan penting beliau dalam pasukan Madrid

"Sejak saya bersara dari pasukan Brazil, semua pemain yang bermain di posisi tengah bertahan memiliki gaya permainan yang berbeza. Kebanyakan pemain yang pernah mengisi peranan tersebut tidak memiliki gaya permainan yang sesuai dengan posisi tersebut."

"Pada satu tahap, Brazil mempunyai Paulinho dan Ramires bermain di bahagian tengah dan mereka berdua merupakan pemain yang memiliki gaya permainan yang serupa."

"Kedua-dua mereka bukan pemain yang sesuai bagi mengisi posisi tengah bertahan. Walau bagaimanapun sekarang dengan adanya Casemiro, Brazil mempunyai seseorang yang akan duduk di bawah dan menjaga barisan pertahanan. Ia membolehkan pemain serangan lebih bebas menjalankan kerja mereka."

Paulinho bebas untuk memporak perandakan pertahanan lawan dengan adanya Casameiro di belakang

"Casemiro juga akan membebaskan Paulino dari tugasan bertahan. Pauliho akan dapat terlibat dalam serangan lebih kerap dan kedua-dua pemain ini mampu bekerjasama dengan baik."

"Peranan Casemiro akan menyebabkan Paulino lebih bebas untuk naik ke atas dan ia merupakan situasi yang bagus buat Brazil. Paulino merupakan pemain yang cemerlang apabila beliau berada dalam kotak penalti untuk memungut hantaran bagi menjaringkan gol."

Casemiro bermain sebanyak 48 perlawanan untuk Real Madrid dalam semua pertandingan musim ini dan bermain 90 minit ketika mereka menewaskan Liverpool 3-1 dalam aksi final Liga Juara-Juara Eropah hujung bulan lalu.




Paparkan Komen