Francesco Totti Kembali Bermain dan Akan ke Liga Inggeris?

Eikrem oleh Eikrem 3 minggu yang lalu

Satu dunia sudah maklum bahawa legenda AS Roma, Francesco Totti telah bersara daripada bola sepak selama dua musim.

Walaubagaimanapun, terdapat khabar angin dari England mengatakan sebuah kelab Inggeris telah berminat untuk melamar Totti kembali dari persaraan dan menyarung jersi mereka.

Menurut talksport.com, Leeds United dikhabarkan berminat untuk memberikan kontrak kepada Totti yang kini berusia 42 tahun, beberapa hari selepas dikatakan berminat untuk membawa Gigi Buffon ke Elland Road.

30 tahun bersama Roma, adakah dia akan ke Leeds?

Sepanjang 30 tahun bersama Roma, Totti telah melakukan sebanyak 786 penampilan dan menjaringkan 307 gol.

Selepas bersara, Totti bertugas sebagai pengarah kelab Roma,namun meletakkan jawatan awal bulan ini dan melancarkan serangan verbal terhadap lembaga pengarah, mengatakan mereka tidak pernah mengambil serius pandangannya.

Payet turut berada dalam radar Leeds.

Bekas pemain kebangsaan Itali,  Marco Boriello dikatakan telah meluangkan masa bersama Totti pada musim panas ini dan dia telah muncul di Sky Italia, membincangkan hal mengenai Totti.

"Aku tahu ada kepala sebuah kelab Inggeris mahu Totti kembali daripada persaraan dan bermain dengan mereka," katanya.

Ketika ditanya siapa individu tersebut, Boriello menjawab," Radrizzani dari Leeds? Entohlerrr."

Andai kata Totti dan Buffon menyertai Leeds United, maka diharapkan mereka akan turut menawarkan kontrak kepada Indra Putra Mahyuddin dan Shukor Adan.

Lengkap barisan pemain berusia.




Paparkan Komen