England Tidak Tewas Tetapi Kemenangan Ditangguhkan Lagi

The Sukan oleh The Sukan 2 bulan yang lalu

Perlawanan kedua separuh akhir Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Russia akan menemui siapa bakal finalis edisi ini selepas Perancis telah berjaya menembah slot perlawanan akhir dengan menumbangkan Belgium dengan satu jaringan je.

Keputusan perlawanan berpihak kepada Croatia yang berjaya mengheret perlawanan ke masa tambahan, Croatia bangkit mengikat selepas ketinggalan seawal minit ke-6. Croatia menang 2-1 dan layak ke final.

Sejarah telah tercipta, Croatia mara ke perlawanan akhir Piala Dunia buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak negara mereka. Sebelum ini kejayaan terbaik mereka adalah ke peringkat separuh akhir sahaja pada 1998.

Kemenangan Croatia ini nyata meruntun hati peminat England yang saban hari melaungkan slogan keramat 'It's coming home.'

Seorang penyokong tegar England yang lahir di Malaysia juga merupakan seorang Admin The Sukan menyangkal dakwaan penganalisis bola sepak di laman muka buku dan media sosial yang lain bahawa kononnya England tidak relevan lagi.

Admin tersebut yang juga Speaker Dewan Undangan The Sukan, Datuk Seri Bakri menegaskan England menjadi penentu kepada kemenangan pasukan yang bertanding di Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Russia.

Menurutnya, harga England ketika itu menjadi mahal apabila pasukan yang menang perlawanan tetapi tidak bermain dengan cantik dan menarik akan bergantung kepada England yang menjadi penanda aras bola sepak dunia.

Justeru, tegasnya England bertanding di Piala Dunia 2018 adalah untuk menang dan menjadi juara.

"Masa depan bola sepak dunia macam-macam boleh berlaku dan untuk ‘survival’ England dan survival rakyat di England ini. England memang pasukan yang ‘power full’ dan penentu kepada bola sepak ini untuk England dan agenda rakyat.

"England tetap hendak jadi juara. England bertanding bukan untuk kalah, England bertanding untuk menang. Tapi, England tidak mahu England bertanding dan England menang tapi England tidak boleh melaksanakan amanah dengan bermain dengan cantik.

"Jadi, daripada England menang dengan tidak bermain dengan cantik, lambung sana lambung sini lari bak babi berkejaran maka lebih baik England ditangguhkan kemenangan tetapi England diterima oleh peminat 'it's coming home'." tegasnya pada sidang media selepas Ceramah Perdana 1, Himpunan Harapan Semua-England Ganti Croatia di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit, Setiu.

Hadir sama Pesuruhjaya England Timur, Ustaz Rafiq Henderson, Timbalan Pesuruhjaya England Selatan, Dr Rahmat Sterling dan Yahaya Ali serta Pengarah Bola Sepak England Barat, Ustaz Hairi Kane.

"Kemenangan yg ditangguhkan..."

"Usah bersedih..kemenangan itu pasti cuma masanya belum tiba.teruskan berjuang!!!..

Pesan Datuk Seri Bakri menyedapkan hati beliau :

"Kalau England kalah , England kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan."

"Memang adat perjuangan ada kalah ada menang. Jika bermaian tidak cantik ingatlah England ada lagi Piala Dunia Qatar 2022."

"Jangan lupa ada pasukan yang lebih berkuasa dan hebat. England tidak kalah..cuma belum menang "

Mari pulang
Marilah pulang
Marilah pulang
Bersama-sama

Mari pulang
Marilah pulang
Marilah pulang
Bersama-sama




Paparkan Komen