Empat Patah Perkataan Dari Corluka Membuatkan Media dan Peminat England Sentap

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Vedran Corluka mungkin hanya bermain selama 5 minit sahaja di padang selepas masuk menggantikan wira Croatia yang menjaringkan gol kemenangan Mario Mandzukic pada minit ke-115 masa tambahan tetapi itu sudah cukup bagi pemain veteran itu.

Pemain Croatia ini telah menghabiskan masa dalam kariernya di England selama 6 tahun bersama Manchester City pada 2007-2008 dan kemudian berhijrah ke Tottenham Hotspur dari 2008 hingga 2018 membuatkan beliau mengenali England secara lebih dekat.

Di usia senja yang mencemburui, Corluka kini bukan lagi pilihan utama Zlatko Dalic untuk pasukan kebangsaan Croatia namun khidmat beliau masih diperlukan kerana beliau masih mampu memberikan sesuatu buat pasukan.

Pemain berketinggian 6 kaki 4 inci itu sangat berbahaya dan tajam dengan kepalanya yang pantang melihat bola mahu saja disundul. Corluka setakat ini telah mengecap 103 cap bersama Croatia sejak mula dipanggil pada tahun 2006.

Dalam kejohanan Piala Dunia sebelum ini pemain yang berusia 32 tahun itu nyata telah banyak makan garam dan mengalami kepatahan hati yang teruk selepas kegagalan Croatia untuk mara jauh seperti Piala Dunia 2018.

Kekecewaan dan keletihan mengenang nasib Croatia sebelum ini berbaloi kerana Croatia yang bermain cantik dan sedap gagal untuk menyerlah dalam kejohanan besar tetapi atas semangat tidak gentar mereka mara kali ini.

Kejayaan mara ke final sangat bemakna buat Corluka yang berjuang sedari 2006 lagi untuk ke tahap ini walaupun banyak memanaskan bangku simpanan tetapi masih lagi sebagai sebahagian sejarah Croatia.

Sebagai pemain yang dianggap veteran maka Corluka tidak perlu bersyarah panjang lebar apabila empat perkataan sahaja dari mulut beliau sudah cukup untuk membuatkan media dan peminat England sentap dan naik hantu.

Seorang rakan lama Corluka dari media Inggeris telah meminta Corluka memberi ucapan sepatah dua kata namun Corluka telah memberi 4 patah perkatan sahaja dengan satu senyuman manis lagi macho dan berkarisma sambil berjalan.

Apa diucapkan oleh Corluka turut didengari oleh seorang wartawan berbangsa Irish, Miguel Delaney yang terus membawa perkataan itu ke Twitter.

"Ia tidak akan pulang!"

----

"It's not coming home!"

Ada yang berpendapat, Corluka tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan ini kerana pernah beraksi bersama Spurs dan Manchester City. Namun apa yang terpacul keluar dari mulut Corluka ini adalah hasil dari sikap media Inggeris itu sendiri.

Peminat England juga nyata berang kenyataan Corluka dan mengungkit bahawa Corluka tidak mengenang budi dan lupa diri kerana pernah beraksi di England selama 6 tahun dan tidak sepatutnya mengeluarkan ayat sedemikian.

Media Inggeris telah menunjukkan sikap tidak menghormati dan merendahkan pasukan Croatia dengan mencanangkan England bakal ke final dan menjulang Piala Dunia selepas menewaskan Croatia seakan Croatia ini sekadar pelengkap jadual.

Sebelum ini ketua pasukan, Croatia juga telah membidas media Inggeris kerana memandang rendah pihak lawan dan menyarankan supaya mereka lebih merendah diri dalam melaporkan berita.

"Orang ramai bercakap...Wartawan Inggeris, pundit dari televisyen." Ujar Modrid kepada ITV.

"Mereka memandang rendah Croatia malam ini dan itu merupakan satu kesilapan besar. Semua perkataan dari mereka kami telan. Kami baca dan kami berkata : 'Ok, hari ini kita tengok siapa yang penat.'"

"Mereka sepatutnya lebih merendah diri dan lebih menghormati lawan mereka."

"Kami membuktikan sekali lagi bahawa kami tidak penat. Kami mendominasi perlawanan secara mental dan fizikal."

"Kami sepatutnya boleh membunuh perlawanan sebelum masa tambahan. Ini merupakan satu pencapaian menakjubkan bagi kami. Selepas lama menunggu impian jadi kenyataan."

"Kami akan bermain di perlawanan akhir dan itu pun sudah menjadi kejayaan terbesar dalam sejarah Croatia. Kami seharusnya berbangga."

Apa yang diutarakan oleh Modric ini sangat berasas dan benar apa yang dikatakan Modric. Kebanyakkan media telah membuat propaganda bahawa England akan ke final dan muncul juara seperti Croatia ini tiada kaki.




Paparkan Komen