Emery: Aubameyang Mampu Menangi Kasut Emas Musim Ini

Izuddin oleh Izuddin 6 hari yang lalu

Pengurus Arsenal, Unai Emery mencabar Pierre-Emerick Aubameyang untuk memenangi anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris musim ini.

Aubameyang merupakan penjaring terbanyak liga buat masa sekarang dengan 10 gol, selepas menjaringkan dua gol ketika Arsenal menumpaskan Tottenham Hotspurs 4-2 dalam aksi 'North London Derby' hujung minggu lalu. Beliau juga bertindak cemerlang dengan memberikan assist untuk gol terakhir perlawanan yang dijaringkan oleh Lucas Torreira.

Aubameyang muncul penjaring terbanyak liga ketika ini dengan 10 gol, dua gol melebihi Aguero.

Aubameyang telah menjaringkan 8 gol dari 7 perlawanan terakhir liga yang beliau sertai dan Emery yakin penyerang antarabangsa Gabon itu mampu meneruskan prestasi cemerlangnya till jannah.

"Saya mahu Aubameyang terus menjadi lebih baik, dan cabaran yang beliau perlu pikul adalah dari segi berpasukan dan juga individu."

"Salah satu cabaran yang saya mahu beliau lakukan adalah beliau dapat bergelar penjaring terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris. Kami mahu membantu beliau mencapai perkara tersebut dan selain dari itu, jaringan beliau juga banyak membantu pasukan."

Jangan berhenti menjaringkan gol Auba !!!

Emery telah meletakkan Aubameyang bermain dalam beberapa posisi berbeza musim ini bagi membolehkan beliau berkongsi satu padang dengan Alexander Lacazette dan Mesut Ozil.

Walau bagaimanapun, beliau mendapat kepercayaan penuh Emery ketika menentang Spurs tempoh hari dan Emery jelas gembira dengan sumbangan beliau dalam perlawanan tersebut.

"Sepanjang karier beliau, Aubameyang pernah bermain sebagai sayap kanan, sayap kiri dan juga sebagai penyerang."

"Beliau juga pernah beraksi dalam sistem dua penyerang. Saya menggunakan beliau dalam beberapa posisi bersama Arsenal."

"Dan kadang kala, persembahan terbaik Aubameyang hadir apabila beliau bermula di bangku simpanan dan bermain selama 20 atau 25 minit. Dalam dua perlawanan terakhir kami, beliau mempamerkan persembahan yang cukup baik, bekerja keras dan menjaringkan gol."

Adakah Harry 'Claim' Kane akan memenangi kasut emas sekali lagi musim ini ?

"Saay ingin memberitahu Aubameyang dan pemain lain, 'Jangan berhenti. Terus tunjukkan komitmen yang sama dalam setiap perlawanan'."

"Amat penting juga beliau meneruskan keyakinan yang ditunjukkan beliau ketika menentang Tottenham, bukan sahaja menjaringkan gol tetapi juga membantu pasukan menekan pihak lawan."

"Sekarang adalah waktu terbaik untuk memberitahu Aubameyang supaya jangan berhenti bekerja keras."




Paparkan Komen