De Bruyne Beri Petanda Sanchez Bakal Sertai Manchester City

Izuddin oleh Izuddin 7 bulan yang lalu

Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne secara tidak sengaja telah memberikan petanda yang Alexis Sanchez bakal meninggalkan Arsenal untuk menyertai beliau di Etihad.

Pemain antarabangsa Belgium ini telah ditanya mengenai peluang Sanchez untuk menyertai City pada jendela perpindahan Januari ini dan beliau memberikan respons yang agak menarik.

Tak lama dah

Beberapa sumber yang dipercayai telah melaporkan Arsenal dan City telah mengadakan beberapa siri rundingan mingu lepas bagi membolehkan perpindahan Sanchez ke Etihad dapat direalisasikan bulan Januari ini.

Dan De Bruyne mungkin telah memberikan petunjuk paling kuat satu perjanjian telah dipersetujui di antara kedua-dua buah kelab apabila ditanya peluang Sanchez menyertai City bulan ini.

Beliau pada mulanya agak ragu-ragu untuk bercakap mengenai perkara ini, tetapi secara tidak sengaja telah menggunakan perkataan 'bila' dan bukannya 'jika' ketika merujuk perpindahan Sanchez ke Etihad.

"Sanchez adalah pemain yang sangat baik. Sudah tentu kita perlu melihat apa yang bakal berlaku dalam jendela perpindahan bulan ini. Kami pemain tidak perlu memikirkan perkara ini."

"Jika pemain bagus menyertai kami, sudah tentu lebih baik. Jika pemain tersebut tidak jadi menyertai City, kami masih mampu meraih kejuaraan dengan pasukan sedia ada ini."

"Pasukan kami sedang mengharungi prestasi yang baik seluruh musim ini. Setiap pemain telah melakukan tugas dengan baik. Apabila Sanchez tiba, beliau akan memberikan sesuatu kepada pasukan."

Kenaikan gaji untuk De Bruyne berikutan prestasi cemerlangnya musim ini

De Bruyne merupakan pemain City yang paling menyerlah musim ini bersama-sama David Silva dan Raheem Sterling. Prestasi cemerlang yang ditunjukkan beliau musimĀ  membuatkan City menawarkan kontrak baru kepadanya dalam usaha untuk mengekalkan khidmat De Bruyne bagi 6 tahun yang akan datang.

Walaubagaimanapun, De Bruyne berkata beliau tidak terburu-buru untuk menandatangani kontrak baru kerana kontraknya masih berbaki 3 tahun setengah lagi di Etihad.

"Kami masih lagi dalam peringkat perbincangan. Saya masih menunggu tawaran dari kelab tetapi ejen saya sedang bercuti selama 3 minggu. Setakat ini, tiada sebarang perkembangan terbaru mengenai kontrak saya."

"Saya tidak terburu-buru untuk menandatangani kontrak baru. Kontrak saya masih berbaki 3 tahun setengah lagi."




Paparkan Komen