Dana White: Khabib Akan Tetap Pegang Tali Pinggang Walaupun Digantung Dari Bertarung

Izuddin oleh Izuddin 1 minggu yang lalu

Presiden UFC, Dana White mengesahkan Khabib Nurmagomedov akan terus memegang tali pinggang kejuaraan UFC 'Lightweight' walaupun jika beliau menerima penggantungan daripada Nevada State Athletic Commission (NSAC) atas kekecohan yang tercetus di UFC 229 hujung minggu lalu.

Petarung yang berasal dari Russia itu melompat keluar dari Octagon selepas menewaskan Conor McGregor untuk bergaduh dengan rakan sparring McGregor, Dilion Danis.

Khabib diescort keluar dari stadium selepas kekecohan yang berlaku di UFC 229

Disebabkan kekecohan tersebut, duit kemenangan yang sepatutnya beliau terima dari UFC masih lagi disekat selagi NSAC belum menyelesaikan siasatan mereka.

Dana berkata Khabib mungkin akan menerima penggantungan selama 4 hingga 6 bulan dari NSAC tetapi tali pinggang UFC beliau tidak akan dilucutkan.

"Khabib mungkin akan digantung 4 hingga 6 bulan. Jika Nevada meletakkan penggantungan terhadap Khabib, semua pihak akan melakukan perkara yang sama terhadapnya."

"Kami tidak akan pergi ke komisioner sukan negara ini untuk mencabar keputusan itu. Khabib akan berehat buat sementara dan meluangkan sedikit masa di luar UFC."

Don't worry Khabib. I got this

Khabib mempertahankan tali pinggang 'Lightweight' selepas menewaskan McGregor pada pusingan ke-4 menerusi 'rear-naked choke'. McGregor pula menerima penggantungan perubatan selama sebulan kerana kecederaan yang dialaminya dari pertarungan tersebut.

"Ada pihak yang mahu melihat duit kemenangan Khabib disimpan. Saya rasa ia tidak patut berlaku. Kamu tidak boleh mengambil keseluruhan duit kemenangan Khabib."

"Mungkin £250,000 sudah memadai sebagai hukuman."

Beberapa rakan Khabib masuk ke dalam gelanggang dan menyerang McGregor selepas Khabib melompat keluar dari Octagon. 3 individu ditahan selepas kejadian tersebut, tetapi dibebaskan tidak lama kemudian kerana McGregor enggan membuat sebarang dakwaan.

Dalam sidang media selepas tamat UFC 229, Khabib memohon maaf atas perbuatannya itu tetapi beliau mendakwa komen yang dikeluarkan McGregor sebelum ini merupakan punca utama mengapa beliau berbuat demikian. McGregor didakwa menghina agama, negara, dan ayah Khabib sepanjang sidang media menjelang UFC 229.

Khabib menerima sambutan hero dari penduduk tempatan sebaik sahaja tiba di Dagelstan.

"Saya tidak rasa banyak pihak tidak faham mengapa Khabib berbuat demikian tetapi beliau tidak sepatutnya bertindak seperti itu."

"Beliau merupakan juara dunia. Beliau baru sahaja menewaskan Conor McGregor di hadapan seluruh dunia. Anda sepatutnya berdiri di dalam gelanggang untuk menerima tali pinggang kerana anda baru sahaja menang. Individu yang menjerit di luar gelanggang tidak membawa sebarang makna kepada anda."




Paparkan Komen