Cristiano Ronaldo Manusia Pertama Jaring Gol Menentang 40 Negara Berbeza

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 hari yang lalu

Cristiano Ronaldo menyertai Manchester United pada 2003 dan menjadi pemain Portugal pertama menyertai pasukan Setan Merah dengan yuran perpindahan £12.24 juta sekaligus menjadi pemain muda paling mahal dalam sejarah bola sepak Inggeris ketika itu.

Ferguson ketika itu menyifatkan Ronaldo sebagai "one of the most exciting young players" yang pernah beliau lihat.

Ronaldo memakai nombor jersi nombor tujuh dan meneruskan legasi hebat yang ditinggalkan George Best, Eric Cantona and David Beckham.

Kemudian Ronaldo telah menyertai Real Madrid dengan rekod perpindahan dunia dan menjadi mesin gol yang terbilang sebelum menyertai Juventus dengan harga yang keras diusia agak lanjut bagi pemain bola sepak.

Bersama pasukan Portugal Ronaldo cemerlang, gemilang dan terbilang. Kejayaan terbesar beliau adalah membawa Portugal menjuarai EURO 2016 disusuli dengan gelaran juara UEFA Nation League edisi pertama.

Ronaldo telah bermain sebanyak 160 perlawanan untuk Portugal dan telah menjaringkan 93 gol dan 37 bantuan gol dengan rekod 0.81 penglibatan dalam jaringan gol buat Portugal.

Dengan 93 gol dipersada antarabangsa, Ronaldo kini ditangga kedua penjaring terbanyak dengan 93 gol di belakang Ali Daei yang mencertak 109 gol untuk Iran.

Terbaru Ronaldo menjaringkan 4 gol ketika menentang Lithuania dan merekodkan beliau sebagai pemain bola sepak pertama menjaringkan gol menentang 40 pasukan berbeza.

Senarai 40 negara yang berjaya dibolosi Ronaldo.

Armenia, Sweden, Latvia, Andorra, Netherlands, Estonia, Hungary, Faroe Islands, Lithuania, Luxembourg, Northern Ireland, Denmark, Belgium, Russia, Spain, Switzerland, Saudi Arabia, Azerbaijan, Kazakhstan, Cyprus, Bosnia and Herzegovina, Czech Republic, Cameroon, Egypt, Greece, Slovakia, Iran, Poland, Finland, North Korea, Iceland, Argentina, Panama, Ecuador, Croatia, Ghana, Wales, New Zealand, Morocco dan Serbia.

Jika dipecahkan mengikut benua :

Eropah 26 Negara
Asia : 6 Negara
Afrika : 4 Negara
Amerika Utara dan Selatan : 3 Negara
Ocenia : 1 Negara

Boleh dikatakan bahawa Ronaldo kini telah berjaya menakluk dunia yang menjaringkan gol menentang pasukan dari benua berbeza kecuali Antartica yang tidak dapat dikenal pasti ada pasukan bola sepak ke tidak.




Paparkan Komen