Carrick: Fabregas Punca Utama 'Perpindahan Impian' Ke Arsenal Tidak Berlaku

Izuddin oleh Izuddin 1 minggu yang lalu

Bekas pemain Manchester United, Michael Carrick mendakwa Cesc Fabregas merupakan dalang utama disebalik kegagalan beliau berpindah ke Arsenal pada tahun 2004.

Carrick yang bermain untuk Manchester United selama 12 tahun sebelum mengambil alih tugas sebagai pembantu jurulatih di Old Trafford, mungkin bermain dengan Arsenal jika tidak kerana kemunculan bakat Fabregas dalam Perisai Komuniti musim 2004/2005.

Carrick bermain untuk Spurs selama dua tahun sebelum berpindah ke Manchester United pada tahun 2006

Pada ketika itu, Carrick masih lagi bermain untuk West Ham tetapi dibenarkan untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya. West Ham terpaksa menjual Carrick kerana mereka terdesak memerlukan dana selepas mengalami relegasi dari Liga Perdana Inggeris pada musim yang sebelumnya.

Terdapat beberapa pihak yang berminat untuk mendapatkan Carric, termasuk bekas pengurus Spurs, Harry Redknapp yang ketika itu menguruskan pasukan Portsmouth. Tidak lama kemudian, Arsenal meminta diadakan satu perjumpaan antara Carrick, ejen beliau, dan Arsene Wenger yang sangat berminat untuk membawa masuk Carrick ke Highbury.

Dalam buku autobiografi Carrick, pemain tersebut menceritakan bagaimana perjumpaan tersebut berlangsung dan dimana ia diadakan.

"Ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah, kami menerima satu lagi panggilan. Arsenal lagi yang menelefon supaya berjumpa dengan Arsene Wenger. Pada ketika itu, saya sedang memandu berdekatan dengan rumah Arsene. Jadi kami meminta perjumpaan diadakan pada masa itu juga."

Kerana Fabregas, hati Carrick hancur luluh dipermainkan Arsene Wenger !

"Dalam masa satu jam, saya berada di ruang tamu rumah Arsene Wenger. Saya seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku ketika itu. Adakah perpindahan ini akan berlaku ? Arsenal kot ! Adakah saya akan menyertai skuad 'Invincibles' yang baru sahaja melalui musim tanpa sebarang kekalahan ?"

"Kami bercakap mengenai bola sepak selama satu jam. Wenger mempunyai perlawanan Perisai Komuniti pada hujung minggu tersebut tetapi beliau meluangkan masa selama sejam bercakap dengan saya."

"Jadi sudah tentu beliau berminat untuk mendapatkan khidmat saya. Ketika saya ingin meninggalkan rumah Arsene, beliau mahu saya melupakan minat Cardiff City yang juga ingin mendapatkan saya."

"Ia berlangsung dengan cukup pantas, saya mengambil masa beberapa minit untuk benar-benar menghadam apa yang telah berlaku pada ketika itu. Pada malam itu, saya duduk di bawah katil dan bercakap dengan Lisa [bini Carrick] mengenai perkara yang mungkin berlaku selepas itu."

"Kepala saya berputar dengan ligat, pada ketika itu Arsenal hanya menamatkan liga pada kedudukan pertama atau kedua sahaja."

Walau bagaimanapun, persembahan seorang pemain muda berusia 17 tahun bernama Cesc Fabregas dalam Perisai Komuniti musim 2004/2005 mengubah segala-galanya. Fabregas dianggap sebagai pengganti terbaik kepada Patrick Vieira yang semakin berusia dan ia juga meranapkan impian Carrick untuk bermain dengan Arsenal.

"Pada hari Ahad hujung minggu itu, saya lepak di rumah untuk menonton perlawanan bakal kelab saya iaitu Arsenal menentang Manchester United merebut Perisai Komuniti."

"Saya ada melihat persembahan seorang budak berusia 17 tahun bernama Cesc Fabregas, bermain di tempat Patrick Vieira. Fabregas bermain cukup baik tetapi saya tidak sangka ia akan menjejaskan peluang saya untuk menyertai Arsenal."

"Saya menunggu panggilan untuk masuk pada malam itu mengenai maklumat untuk hari keesokannya. Saya sudah tidak sabar untuk bermain dengan Arsenal !"

"Tetapi saya tunggu, tunggu dan tunggu tetapi tiada sebarang panggilan yang masuk. Keesokan harinya, saya terpaksa menjalani latihan dengan West Ham."

"David Gold [pemilik West Ham] menelefon saya dan memberitahu David Dein [timbalan pengerusi Arsenal] ada menelefon beliau."

Perlawanan yang mengubah perjalanan karier Carrick

"Gold memberitahu Arsene Wenger tidak memerlukan khidmat saya lagi, kerana kemunculan Cesc Fabregas. Jadi tiada perpindahan buat saya."

"Persembahan Fabregas telah mengubah fikiran Wenger terhadap saya. Saya sangat kecewa dengan berita tersebut kerana hati saya sangat ingin bermain dengan Arsenal, dan beraksi dengan bakat yang pasukan tersebut miliki."

Mujurlah, Tottenham tiba dengan tawaran beberapa hari kemudian dan Carrick menyertai kelab tersebut pada jendela perpindahan musim panas itu.

Wenger, hati mu kejam.




Paparkan Komen