Bibi Ramjani Letak Jawatan

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Bibi Ramjani Ilias Khan telah mengejutkan dunia bola sepak dunia apabila meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) selepas dilanda pelbagai kemelut.

Pada September 2017, Bibi Ramjani Ilias Khan secara sah telah dipilih sebagai Presiden baru Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi penggal 2017-2021 pada Kongres Tahunan KAFA ke-63 yang berlangsung di Perdana Resort, Kelantan.

Perlantikan usahawan wanita ini mencipta satu sejarah apabila menjadi wanita pertama yang menjawat jawatan sebagai Presiden KAFA selepas 52 wakil Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) muktamad memilih Bibi Ramjani sebagai Presiden KAFA.

Bibi Ramjani yang tidak menyangka dengan kemenangan itu nekad mahu membawa perubahan kepada The Red Warriors (TRW).

Ternyata usahawan batik itu begitu nekad dalam memacu perubahan pasukan Kelantan sehingga membawa Kelantan ke Liga Perdana dan kini berada dalam landasan terbaik ke liga lagi bawah.

Kelantan beruntung kerana mempunyai Presiden bola sepak yang gemar membalas komen di media sosial dengan jawapan yang tidak masuk akal lagi penuh beremosi.

KOTA BHARU 17 SEPTEMBER 2017. Usahawan wanita, Bibi Ramjani Ilias Khan ketika diumumkan sebagai Presiden baharu KAFA bagi penggal 2017-2021 pada Kongres Tahunan KAFA ke-63. NSTP/FATHIL ASRI

Presiden KAFA itu masih mengekalkan budaya yang ada dalam bola sepak Malaysia iaitu hutang, tidak membayar gaji dan menukar pemain import selagi boleh walaupun hutang menimbun.

"Saya Hjh Bibi Ramjani bt Ilias Khan selaku Presiden KAFA dengan ini melepaskan jawatan saya .."

"Semoga KAFA maju jaya di bawah pengurusan baru..terima kasih kpd semua penyokong yg tidak pernah putus untuk menyokong Kelantan FA.."

"Mohon maaf dari saya kpd semua sepanjang saya memimpin KAFA.."

"Pengumuman perletakan jawatan ini dibuat melalui satu hantaran di laman rasmi muka buka beliau."

https://www.facebook.com/presidenbibiramjaniofficial/posts/1679861198825622

Selepas bertalu-talu didesak oleh penyokong dan pelbagai pihak akhirnya Bibi aku dan tunduk serta mengalah. Namun mampukah Kelantan kembali bangkit?




Paparkan Komen