Berapakah Jumlah Wang Hadiah Kejohanan Piala Dunia 2018?

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

FIFA telah mengumumkan jumlah wang hadiah keseluruhan untuk Piala Dunia ini yang bakal berlangsung di Russia iaitu sebanyak $791 juta telah diperuntukkan untuk digunakan bagi menjayakan kejohanan empat tahun sekali itu di mana jumlah peruntukan ini meningkat sebanyak 40% berbanding Piala Dunia 2014 Brazil di mana hanya $ 564 juta sahaja.

Pecahan dari $791 juta peruntukan Piala Dunia 2018 Russia ini adalah untuk :

1. Wang hadiah kejohanan keseluruhan untuk 32 pasukan bertanding - $400 juta
2. Club Benefit Programme, bagi kelab melepaskan pemain mereka ke Piala Dunia - $209 juta
3. Yuran insuran untuk kelab yang mana pemain mereka mengalami kecederaan di Piala Dunia - $134 juta

Wang hadiah kejohanan keseluruhan

FIFA telah mnegumumkan bahawa jumlah wang hadiah kejohanan keseluruhan Piala Dunia 2018 telah meningkat sebanyak 40% di mana $400 juta ini akan dibahagikan kepada 322 pasukan bertanding mengikut kemaraan mereka. Sebanyak $1.5 juta akan diberikan kepada 32 pasukan bertanding sebagai bonus persediaan.

Setiap pasukan yang tersingkir di peringkat kumpulan akan meraih $8 juta je. Manakala pasukan yang tersangkut di pusingan pertama peringkat kalah mati membawa pulang $12 juta . Pasukan tersingkir di peringkat suku akhir dibayar sebanyak $16 juta.

Tempat ke-4 meraih $22 juta, ketiga pula $24 juta, naib juara $28 juta dan juara Piala Dunia 2018 bakal membawa pulang wang tunai sebanyak $38 juta.

Untuk lebih mudah sila rujuk jadual di atas yang menunjukkan perbezaan bayaran Piala Dunia 2018 Russia dan Piala Dunia 2014 Brazil.

Sejarah Hadiah Wang Piala Dunia FIFA

Sejak 5 kejohanan Piala Dunia yang lalu, FIFA telah meningkatkan jumlah wang hadiah bagi setiap kejohanan. Pada 2002 wang hadiah hanya $154 juta kemudian meningkat kepada $262 juta pada Piala Dunia 2006. Pada Piala Dunia 2010 jumlah terus meningkat kepada $420 juta.

Peningkatan ketara pada Piala Dunia 2014 di mana $564 juta diperuntukan merangkumi wang hadiah, insuran dan bayaran kepada kelab.

Sebanyak 85% keuntungan FIFA datang dari Piala Dunia yang berlangsung setiap 4 tahun. FIFA mengumumkan dengan bergantung kepada keuntungan ini mereka mampu untuk terus meningkatkan hadiah wang bagi setiap edisi Piala Dunia yang mendatang.

Kenapa FIFA mampu berbelanja besar?

FIFA telah menjana $4.8 bilion semasa Piala Dunia 2014 di mana jumlah keseluruhan perbelanjaan sekitar $2.7 bilion je yang menyaksikan FIFA membuat keuntungan sebanyak $2.1 bilion kurang 0.5 bilion dari wang derma.

Hasil daripada Piala Dunia 2014 datang daripada hak penyiaran televisyen $2.4 bilion, penajaan sebanyak $1.5 dan aktiviti komersil daripada kejohanan serta kutipan tiket.

Manakala perbelanjaan pula lebih fokus kepada produksi TV, insuran, hadiah, pelaburan untuk pengajuran dan bayaran kepada tuan rumah. Perincian boleh rujuk di bawah.

Sumber : TotalSportek




Paparkan Komen