Bekas Direktor Akademi Dedah Punca Sebenar Arsenal Lepaskan Harry Kane

Izuddin oleh Izuddin 9 bulan yang lalu

Bekas Direktor Akademi Arsenal, Liam Brady mendakwa tindakan untuk melepaskan Harry Kane daripada akademi adalah kerana beliau terlalu 'chubby' ketika itu.

Walaubagaimanapun, Brady mengakui tindakan yang diambil Arsenal berkenaan Kane adalah satu kesilapan besar.

Menangis air mata darah pon tidak akan dapat mengembalikan kenangan ini

Melihat kepada status dan prestasi yang dipamerkan Kane bersama Tottenham beberapa tahun kebelakangan ini, Arsenal pastinya menyesal dengan tindakan mereka melepaskan Kane ketika pemain tersebut masih berusia 8 tahun.

Bintang Spurs ini dianggap antara penyerang terbaik dunia ketika ini dan hampir pasti dilantik menjadi kapten pasukan England bagi menghadapi Piala Dunia di Russia musim panas nanti.

Kane pernah berkata tindakan Arsenal melepaskannya ketika beliau baru berusia 8 tahun telah menjadikan beliau sangat bersemangat untuk berjaya. Kane turut mengakui semangatnya menjadi berkobar-kobar setiap kali Spurs berhadapan Arsenal dalam North London Derby.

Walaupun belum pernah memenangi sebarang kejuaraan bersama Spurs setakat ini, beliau telah berjaya memenangi anugerah peribadi. Beliau adalah pememang kasut emas sebanyak dua kali dan telah menjaringkan lebih 100 gol dalam Liga Perdana Inggeris walaupun baru berusia 24 tahun.

Once a Gunners, always a Gunners. Kane ketika sambutan kemenangan liga awal 2000

Bekas Direktor Akademi Arsenal, Liam Brady berkata kesilapan telah dilakukan pihaknya ketika membuat keputusan mengenai masa depan Harry Kane di Akademi Remaja Arsenal ketika itu.

"Harry Kane sangat 'chubby' ketika itu dan tidak atletik. Tetapi kami silap. Walaupun demikian, Tottenham juga pernah meminjamkan beliau ke kelab liga bawahan sebanyak 3 atau 4 kali sebelum ini."

"Dengan usaha keras beliau, Kane berjaya membina karier yang sangat hebat. Dan beliau berhak merasai kejayaan yang dikecapi beliau sekarang."

Status Kane telah melangkui Liga Perdana Inggeris dan beliau kini dianggap setanding dengan pemain ternama Eropah yang lain.

"Pemain muda ini mempunyai satu sikap yang mana beliau sentiasa mahu menjadi lebih bagus. Selepas Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Robert Lewandowski, pemain selepas itu adalah Kane."

"Jumlah jaringan beliau menunjukkan mengapa beliau berhak berada di situ. Tambahan pula, beliau baru berusia 24 tahun."

Kane bakal memimpin pasukannya dalam saingan peringkat kalah mati Liga Juara-Juara awal pagi esok menentang juara bertahan Serie A, Juventus.

Buffon bakal menangis malam ini

Walaupun sedar Juventus adalah pasukan yang lebih kuat di atas kertas, Brady berpendapat anak buah Mauricio Pochettino tidak perlu berasa gentar kerana mereka mempunyai beberapa pemain berkualiti yang mampu memacu pasukan mara lebih jauh dalam kejohanan ini.

"Juventus bukanlah pasukan pilihan. Ianya 50-50. Tottenham adalah pasukan yang sangat tersusun. Mereka mempunyai jurulatih yang bagus dan 3 pemain hadapan yang hebat iaitu Dele Alli, Christian Eriksen dan Harry Kane."

"Juventus perlu memikirkan cara untuk menghalang barisan tengah Spurs sebelum 3 pemain ini menghukum mereka."

"Adakah saya risau dengan barisan serangan Juventus? Tidak sama sekali, kerana saya rasa Gonzalo Higuain telah melepasi zaman kegemilangannya. Amat sukar untuk Higuain menyerlah di peringkat Eropah kerana pemain ini terlalu statik."




Paparkan Komen