Bayern Munich Aktifkan Klausa Pelepasan Pavard, Turut Berminat Dapatkan Hudson-Odoi

Izuddin oleh Izuddin 2 minggu yang lalu

Juara bertahan Bundesliga, Bayern Munich mengesahkan mereka telah mengaktikfkan klausa pelepasan Benjamin Pavard dan pemain tersebut akan berhijrah ke Allianz Arena pada 1 Julai 2019.

Pavard merupakan pemain utama dalam skuad Perancis yang menjuarai Piala Dunia 2018 di Russia beberapa bulan yang lalu.

Pavard dipancing juara bertahan Bundesliga

Pavard kini bermain untuk pasukan VfB Stuttgart yang kini terperosok di kedudukan ke-16 dalam Bundesliga musim ini.

Perpindahan tersebut telah disahkan oleh Direktor Sukan Bayern Munich, Hasan Salihamidzic dengan Bayern membayar sejumlah €35 juta untuk mengaktifkan klausa pelepasan yang ada dalam kontrak Pavard.

Pavard merupakan antara pemain yang mencuri tumpuan dalam Piala Dunia lalu. Pada usia baru mencecah 22 tahun, beliau mendapat kepercayaan Didier Deschamps untuk mengisi posisi bek kanan dan bermain dalam 6 perlawanan untuk Perancis di Piala Dunia lalu. Beliau juga bermain selama 90 minit dalam perlawanan akhir menentang Croatia yang menyaksikan Perancis menjulang trofi Piala Dunia selepas mencatat kemenangan 4-2.

Pavard juga mencipta nama selaku penjaring gol tercantik kejohanan apabila menjaringkan gol penyamaan ketika peringkat 16 pasukan terakhir, menentang Argentina. Perancis menang perlawanan tersebut 4-3 untuk mara ke peringkat suku akhir untuk bertemu Uruguay.

Dengan pengumuman rasmi dari Salihamidzic, Pavard akan menyertai Bayern Munich sebaik sahaja musim 2018/2019 berakhir.

Juara dunia pada usia 22 tahun.

"Saya boleh mengesahkan Benjamin Pavard akan menyertai kami dengan kontrak selama 5 tahun bermula 1 Julai 2019."

"Pavard merupakan pemain yang masih muda dan juga juara dunia. Kami sangat gembira dan bangga untuk mendapatkan khidmat pemain seperti beliau."

Bundesliga kini sedang berhenti rehat sempena cuti musim sejuk dan seluruh skuad Bayern Munich kini berada di Doha untuk kem latihan bagi mempersiapkan pasukan menghadapi separuh masa kedua saingan Bundesliga musim ini.

Pasukan kendalian Niko Kovac itu kini berada di tempat ke-2 dalam carta Bundesliga, ketinggalan 6 mata di belakang pendahulu, Borussia Dortmund. Ini merupakan kali pertama sejak 8 musim lalu Bayern gagal berada di tempat teratas liga ketika cuti musim sejuk

Pavard bukan satu-satunya pemain yang ingin dibawa masuk Bayern Munich bulan ini. Seorang lagi pemain adalah pemain muda Chelsea, Callum Hudson-Odoi.

Beberapa tawaran dari Bayern terhadap Callum telah ditolak mentah-mentah. Namun menurut laporan  beberapa sumber, Bayern akhirnya akur dengan kehendak Chelsea dan menawarkan $45 juta bagi membawa Callum ke Allianz Arena bulan ini.

Nak ke tak nak jeris no.10 ? Nak ke tak nak lepak mamak

Selain itu, Bayern juga dilaporkan menawarkan jersi No.10 kepada Callum dalam usaha mereka memujuk pemain berkenaan menyertai kelab tersebut.

Callum dilaporkan telah memberitahu Chelsea mengenai niatnya untuk meninggalkan Stamford Bridge dan menolak tawaran lanjutan kontrak. Kontrak lamanya hanya tinggal 18 bulan sahaja lagi dan Chelsea berada dalam tekanan untuk memujuk pemain tersebut supaya terus kekal.




Paparkan Komen