Ballon d'Or Milik Luka Modric

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Ketua pasukan Croatia dan perancang Real Madrid, Luka Modric sekali lagi berjaya memecahkan dominasi Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sebagai pemain terbaik dunia apabila berjaya meraih anugerah Ballon d'Or anjuran France Magazine.

Sebelum ini Luka Modric telah menamatkan penguasaan Ronaldo dan Messi di FIFA Football Awards bagi anugerah The Best FIFA Men 2018 pada bulan September yang lalu.

Dalam tempoh 10 tahun ini pemain terbaik dunia hanya menjadi milik sama ada Ronaldo atau Messi, manusia terakhir yang menjadi pemenang sebelum Modrid adalah Kaka yang kini sudah menjadi penyanyi di Malaysia.

Ballon d'Or merupakan anugerah dari France Football magazine kepada pemain terbaik sejak 1956 dengan menyenarai pendek 30 pemain untuk calon akhir.

Kemudian untuk undian peringkat akhir berada ditangan wartawan seluruh dunia dari setiap negara. Akhirnya Luka Modric muncul pemain Croatia pertama memenangi Ballon d'Or.

Pencapaian Luka Modric

  • Ketua pasukan Crotia yang membawa Crotia ke final Piala Dunia buat pertama kali dalam sejarah.
  • Pemenang kasut emas di kejohanan Piala Dunia 2018, Russia.
  • Membantu Real Madrid menjulang Champions League dan FIFA Club World Cup.



Paparkan Komen