Bale Tak Jadi Ke China Selepas Dihalang Florentino Perez

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Hasrat Gereth Bale yang mahu berhijrah ke China dari Real Madrid dengan gaji mingguan yang super lumayan dan mewah akhirnya berkecai selepas di halang oleh Presiden Kelab gergasi Sepanyol itu, Florentino Perez.

Di usia 30 tahun, mustahil untuk Bale kembali ke Premier League atau liga Eropah yang lain walaupun Bale masih mampu memberi sesuatu yang luar biasa dan tiada masalah untuk beraksi di peringkat tertinggi.

Satu-satunya liga yang mampu memenuhi gaji Bale yang tinggi dan tidak masuk akal adalah Liga Super China dan Bale dikaitkan dengan kelab Jiangsu Suning yang dilaporkan rela membayar £1 juta seminggu atau bersamaan RM5.1 juta serta diikat dengan kontrak 3 tahun.

Jika perpindahan ini menjadi kenyataan, rekod baru akan tercipta di China sebagai perpindahan paling besar dalam sejarah Liga Super China. Namun kini semuanya tidak akan terjadi.

Real Madrid telah menghalang pemergian Bale ke China kerana presiden mereka, Florentino Perez percaya pemain kebangsaan Wales itu terlalu berharga untuk dilepaskan dengan sebegitu murah.

Laporan menyatakan perpindahan itu terbatal selepas Real Madrid membuat tuntuan iaitu dengan mengenakan yuran perpindahan ke atas pemain berusia 30 tahun itu.

Tambahan pula, Perez tidak rela mengalami kerugian dengan melepaskan Bale dengan sebegitu murah kerana nilainya masih tinggi dan Los Blancos mengikat Bale dari Spurs pada 2013 dengan memecahkan rekod dunia.

Jendela perpindahan liga China pula akan ditutup pada hari selasa dan semua pihak terlibat untuk menjayakan perpindahan ini tidak mempunyai masa yang banyak.

Masa depan Bale bersama Real Madrid kembali gelap selepas kembalinya Zinedine Zidane mengemudi Los Blancos dan Zidane secara terbuka membuat kenyataan bahawa Bale tidak lagi diperlukan dan untuk dijual.

"Kami harap Bale akan pergi tidak lama lagi." Ujar Zidane

"Pekara ini akan menjadi yang terbaik bagi semua. Kami sedang berusaha mencari pasukan baru untuk beliau berpindah."

"Takde benda peribadi pun aku ngan Bale tapu bila sampai masa sesuatu perkara akan berakhir kerana ia perlu berakhir."

Pemain kebangsaan dan kebanggaan Wales, Gareth Bale telah menyertai Real Madrid pada tahun 2013 dengan rekod perpindahan dunia sebanyak £85 juta dari kelab Premier League yang berpengkalan di London, Tottenham Hotspurs.

Pemain kebangsaan dan kebanggaan Wales, Gareth Bale telah menyertai Real Madrid pada tahun 2013 dengan rekod perpindahan dunia sebanyak £85 juta dari kelab Premier League yang berpengkalan di London, Tottenham Hotspurs.




Paparkan Komen