Ashley Young Kapten Dan Juga Right-Back Terburuk Pernah Manchester United Ada

Encik Bakri oleh Encik Bakri 5 bulan yang lalu

Malam yang ingin dilupakan pemain veteran Manchester United, Ashley Young. Tidak cukup dengan pasukannya kalah di tempat sendiri, Young dikecam peminat Setan Merah kerana mempamerkan persembahan yang amat buruk walaupun menggalas tugas selaku kapten pasukan.

Dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, Manchester United memilih untuk menggunakan cara susah untuk ke peringkat seterusnya dengan sengaja menjaringkan gol sendiri bagi membolehkan Barcelona meraih kemenangan tipis di Old Trafford.+

Sebagai pemain paling veteran di atas padang pada usia 33 tahun, Young diberi tanggungjawab oleh Ole Gunnar Solskjaer untuk membimbing pemain-pemain lain bagi mencari bekalan yang selesa untuk dibawa ke Nou Camp minggu depan.

Namun perkara sebaliknya pula yang berlaku. Young mempamerkan persembahan yang cukup buruk sehingga ada peminat mendakwa ia adalah persembahan terburuk dalam sejarah pengajuran Liga Juara-Juara Eropah.

Young yang suatu ketika dahulu pernah mencipta reputasi sebagai penerjun profesional, hilang pegangan bola sebanyak 32 kali sepanjang 90 minit perlawanan ! Diulangi 32 kali !!!

Bekas pemain Aston Villa itu diberi tugas untuk mengekang pergerakan Luis Suarez dan Lionel Messi tetapi gagal menjalankannya dengan baik.

Young bagaikan orang hilang arah sepanjang berada di atas padang. Setiap kali beliau cuba melakukan hantaran, tiada satu pun tepat menemui rakan sepasukannya.

Beliau membuat 11 hantaran tetapi tiada satu pon yang berhasil. Selain itu, ketepatan 'pass' Young juga adalah paling rendah dalam kalangan pemain yang beraksi semalam iaitu 73.3% sahaja.

Persembahan buruk Young menjadi peringatan berharga kepada Solskjaer supaya mencari pemain baru yang mampu bermain di posisi pertahanan kanan pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Belum cukup seminggu Young mendapat mempamerkan aksi paling buruk dalam sejarah Champions League yang dikutuk lagi.

Kali ini Young dilabel sebagai ketua pasukan dan juga pemain right-back yang terburuk pernah wujud dalam pasukan Manchester United. Kesian.

Bekas pemain Aston Villa, Chris Sutton nyata tidak teragak-agak untuk melabel Young sebagai yang terburuk dalam rancangan BT Sports.

Robbie Savage selaku pengacara rancangan telah mengutarakan persoalan kepada tetamu.

"Ashley Young, Kapten terburuk Manchester United?"

Ketika tetamu lain bermain jawapan selamat dan berselindung kerana tidak tergamak mengatakan ya kepada persoalan itu tetapi tidak bagi Chris Sutton.

"Mari ketika mendapatkan kebenaran, Young merupakan kapten United paling teruk dan juga right back paling teruk United."

Jawapan yang menambah rencah kepada persoalan pokok. Pedas.

Bekas kapten United, Antonio Valencia yang juga seorang pemain sayap kanan seperti Young telah ditukar kepada pertahanan kanan tidak lagi beraksi sejak Januari.

Sejak menang ke atas Newcastle 2-0, Itulah kali terakhir Valencia beraksi di bawah naungan Ole Gunnar Solskjaer dan itu satu-satunya aksi Young dibawah pengurus baharu.

Sebagai pembelaan kepada Young, mungkin Young bukan kapten dan righ back terburuk United kerana Valencia dan Matteo Darmian masih gagal untuk berada dalam pasukan.




Paparkan Komen