Arnautovic Gembira Di West Ham Walaupun Dikaitkan Dengan Manchester United

Izuddin oleh Izuddin 1 minggu yang lalu

Penyerang West Ham, Marko Arnautovic mengakui beliau tidak tahu menahu mengenai minat yang ditunjukkan Manchester United terhadapnya seperti yang dilaporkan beberapa laporan akhbar tempatan.

Menurut sumber Sky Sports, Manchester United berminat untuk membawa masuk pemain antarabangsa Austria ini ke Old Trafford musim hadapan.

Walau bagaimanapun, mereka berdepan cabaran sukar untuk meyakinkan West Ham supaya melepaskan Arnautovic selain harga tinggi yang ditetapkan West Ham bernilai sekitar £50 juta.

Mourinho melihat Arnautovic sebagai calon utama untuk memberi saingan kepada Lukaku di bahagian serangan United

Arnautovic yang kini berusia 29 tahun berpindah ke Stadium London dari Stoke City musim panas lepas dalam perjanjian rekod kelab yang bernilai £25 juta. Arnautovic juga mempunyai kontrak jangka panjang bersama West Ham yang masih berbaki 4 tahun untuk tamat.

"Saya gembira dengan kerja saya sekarang. Apa sahaja yang bakal berlaku akan tetap berlaku. Saya masih belum mendengar sebarang berita mengenai perkara ini." Ujar Arnautovic kepada Sky Austria ketika diminta mengulas mengenai minat Jose Mourinho terhadapnya.

"Saya juga tidak dengar sebarang berita mengenai perkara ini 3 minggu lepas. Sebab itu saya tidak boleh bercakap mengenainya dengan lebih lanjut."

Tetapi West Ham mahu sekurang-kurangnya £50 juta bagi pemain yang dibeli mereka kurang 12 bulan yang lalu

"Hanya satu sahaja perkara penting buat saya iaitu saya berada dalam kesihatan yang baik dan dapat bermain bolasepak."

Ketika diminta mengulas mengenai masa depannya di West Ham, Arnautovic melihat dirinya akan terus bermain di London kerana masih mempunyai kontrak bersama kelab tersebut.

"Saya masih mempunyai kontrak di West Ham, itu sahaja yang boleh saya cakapkan sekarang."

Dalam musim pertamanya di West Ham, Arnautovic berjaya mempamerkan prestasi yang agak baik di mana beliau berjaya menjaringkan 11 gol dan mencatatkan 6 assists dalam semua pertandingan musim lepas.

Arnautovic mampu bermain banyak posisi dan musim lepas kerap dituunkan sebagai false 9 oleh David Moyes

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho dilaporkan akan berbelanja besar musim panas ini dalam usahanya untuk memastikan skuad Red Devils mampu merampas takhta Liga Perdana Inggeris dari Manchester City musim hadapan.

Pemain antarabangsa Brazil, Fred menjadi pemain pertama yang ditandatangani United pada tirai perpindahan pemain kali ini dan Arnautovic juga dikenal pasti sebagai pemain terbaik untuk bergandingan bersama Romelu Lukaku di bahagian serangan.

Arnautovic merupakan seorang pemain yang versatile. Beliau mampu beraksi sebagai penyerang tunggal atau pun 'false 9' dan mampu juga mengisi posisi sayap dengan cukup efektif.




Paparkan Komen