Apa Yang Perlu Kau Tahu Tentang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 (ABK19)

Encik Bakri oleh Encik Bakri 5 hari yang lalu

Hujung tahun sudah tiba pemenang Piala Malaysia 2019 sudah diketahui pemenangnya maka ini bermakna tirai Liga Malaysia 2019 melabuhkan tirainya dan akan kembali bersambung untuk musim baharu tahun hadapan.

Dengan selesainya liga Malaysia seperti tahun-tahun yang sudah Anugerah Bolasepak Kebangsaan(ABK) akan berlangsung bagi menghargai segala keringat yang dicurah oleh pemain, pasukan dan peminat bola sepak bagi tahun ini.

Siapakah pemain-pemain dalam kancah Liga Malaysia yang bakal merangkul anugerah-anugerah ditawarkan pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019?

Jadi apa yang perlu kau tahu tentang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 (ABK19)?

Bilakah Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019(ABK19)?

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 (ABK19) akan berlangsung pada 15 November 2019 antara anugerah yang dipertandingkan adalah Pemain Paling Bernilai, Pemain Muda Harapan, Jurulatih Terbaik, Anugerah Komuniti dan berbagai lagi.

Acara bakal berlangsung bermula jam 8.30 malam, dengan siaran langsung di Facebook Live Malaysian Football League dan di saluran Football Malaysia on iflix!

Senarai Anugerah Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 (ABK19)

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 (ABK19) merupakan satu acara untuk menghargai usaha baik setiap individu dalam Liga Malaysia.

Sebanyak 27 anugerah dipertandingkan untuk Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 (ABK19) dengan 3 kategori baru diperkenalkan.

Berikut merupakan kategori-kategori ABK19:

1. Pemain Paling Bernilai
2. Pemain Muda Harapan
3. Jurulatih Terbaik
4. Penyerang Terbaik
5. Pemain Tengah Terbaik
6. Pertahanan Terbaik
7. Penjaga Gol Terbaik
8. Pemain Import Terbaik
9. Pemain ASEAN Terbaik
10. Pemain Paling Popular
11. Fan XI
12. Pasukan Terbaik
13. Penyokong Terbaik
14. Anugerah Fair Play
15. Kasut Emas
16. Penjaring Terbanyak (Liga Super)
17. Penjaring Tempatan Terbanyak (Liga Super)
18. Penjaring Terbanyak (Liga Premier)
19. Penjaring Tempatan Terbanyak (Liga Premier)
20. Anugerah Mesra Media
21. Laman Web Terbaik
22. Media Sosial Terbaik
23. Anugerah Persahabatan
24. Anugerah Komuniti
25. Anugerah Pengadil Berpotensi (Kategori baru)
26. Pemain Terbaik AFL Liga M3 (Kategori baru)
27. Pasukan Terbaik AFL Liga M3 (Kategori baru)

Bagaimana Pemilihan Calon Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 (ABK19) dilakukan?

Para pemain disenarai pendek terlebih dahulu berdasarkan penampilan untuk pasukan masing-masing, sebelum dibawa ke Jawatankuasa Saringan ABK 2019 yang mengundi 10 pemain terbaik mereka dalam setiap kategori.

Jawatankuasa Saringan ABK 2019 yang terdiri daripada tujuh ahli panel, iaitu:-

1. Encik Aminuddin Hussin, mewakili Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
2. Encik Azzairi Rosle, mewakili Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM)
3. Encik Badrulsham Ahmad, mewakili Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM)
4. Encik Izhar Atan, mewakili Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM)
5. Encik Masdianto Mik'an (Vocket FC), mewakili media elektronik
6. Encik Dez Corkhill, mewakili MFL Productions
7. Ultrajang, mewakili penyokong

Hasil undian akan dikira untuk 10 calon teratas ataupun 10 pemain setiap kategori yang akan dibawa ke peringkat seterusnya.

Undian untuk penentuan mata terkumpul diadakan oleh 23 ketua jurulatih dan 23 ketua pasukan Liga Super dan Liga Premier, serta 23 wakil media.

Seramai 50 penyokong bertuah yang mengambil bahagian dalam undian "Fan XI" telahpun menerima jemputan ke majlis ABK19.



Paparkan Komen