Alistair Edwards : Mutu Pengadilan Yang Sangat Teruk Punca Pergaduhan

Encik Bakri oleh Encik Bakri 9 bulan yang lalu

Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Alistair Edwards menyifatkan mutu pengadilan yang sangat teruk menjadi punca pergaduhan yang melibatkan pasukan Johor dan Terengganu di Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.

Alistair Edwards mempertikaikan keputusan pengadil yang tidak memberi sepakan penalti selepas bola terkena tangan.

"Sukan Malaysia (Sukma) kelihatan seperti satu propaganda apabila pasukan lawan tiga kali ‘handball’ di dalam kotak penalti tetapi pasukan Johor tidak diberikan sepakan penalti."

Melalui hantaran yang dibuat di laman muka buku Johor Southern Tiger itu Edwards nyata kecewa dengan mutu pengadilan yang gagal mengawal permainan lalu mencetuskan pergaduhan.

"Kami sangat kecewa dengan kualiti pengadil dalam acara seperti Sukma ini yang sepatutnya menjadi kejohanan yang sangat berprestij. Tetapi kualiti pengadil benar-benar sangat teruk dan mereka juga gagal mengawal perlawanan sehingga timbul pergaduhan antara kedua pasukan ketika memasuki masa akhir perlawanan."

Harapan Edwards agar Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) dapat membuat sesuatu dengan situasi ini.

"Oleh itu saya menggesa agar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) agar memerhatikan pengadil dan standard pengadil yang mereka sediakan untuk kejohanan ini."

Dalam perlawanan yang dicemari pergaduhan ini, Johor tewas 2-1 kepada Terengganu dan tersingkir dari saingan SUKMA selepas tewas dua kali.

Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 yang telah memasuki edisi ke-19 berlangsung di Perak secara rasmi akan berlangsung pada 11 September 2018 dan sukan seperti bola sepak telah berlangsung lebih awal.

Namun belum sempat Sukan Malaysia 2018 dibuka secara rasmi, pergaduhan yang memalukan telah terjadi dalam perlawanan bola sepak antara Johor dan Terengganu.

Aksi terajang terbang, penumbuk berkuasa 99 petala langit serta kejar mengejar dengan hikmat meringankan badan telah disajikan pemain kedua-dua pasukan.

Aksi Pergaduhan Bolasepak Sukma 2018!!Johor 🤼‍♂ Terengganu Video 1

Posted by Vetri Online on Monday, 10 September 2018

Aksi Pergaduhan Bolasepak Sukma 2018!!Johor 🤼‍♂ Terengganu Video 2

Posted by Vetri Online on Monday, 10 September 2018

Aksi pergaduhan di SUKMA dalam acara bola sepak bukanlah satu perkara yang baru. Pada SUKMA 2016 satu pergaduhan juga terjadi di saingan suku akhir.




Paparkan Komen