Alistair Edwards : 'Foolish' Memikirkan Kuasa Wang Cukup Untuk Bawa kejayaan

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, Alistair Edwards telah mengutuk tindakan sebuah akhbar tempatan kerana menggunakan tajuk "Ada Duit Semua Jadi"sebagai jahil dan pemikiran tersbut adalah 'foolish'.

Kenyataan keras daripada Alistair Edwards telah dikeluarkan oleh laman Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers. Alistair Edwards menyatakan bahawa kejayaan JDT adalah hasil pelan menyeluruh kelab.

Wang yang banyak tanpa pengetahuan dan kesungguhan adalah sia-sia.

"Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) terkilan dengan kenaifan akhbar Harian Metro yang menggunakan tajuk "Ada Duit Semua Jadi" di muka belakang dan kejahilan artikel tersebut apabila menyindir bahawa wang adalah faktor keseluruhan kejayaan."

"Sememangnya JDT mempunyai kewangan yang kukuh, tetapi adalah 'foolish' untuk memikirkan kuasa wang sahaja cukup untuk membawa kejayaan. Kejayaan Harimau Selatan adalah hasil dari pelan menyeluruh dalam memastikan kelangsungan kelab bagi memenuhi sasaran jangka pendek dan jangka panjang. Memiliki wang tanpa pengetahuan dan kesungguhan untuk berjaya tidak akan menjadikan JDT sebuah empayar seperti pada hari ini."

Tindakan undang-undang mungkin akan diambil.

"Kenyataan bahawa pemain berpendapatan paling rendah pun mencecah puluhan ribu ringgit adalah tidak benar sama sekali dan ini dilihat sebagai satu usaha menidakkan segala usaha keras yang dijalankan di JDT. Kami akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap tuduhan melulu yang dilemparkan dalam artikel tersebut. Kami berharap agar organisasi media bersikap lebih objektif dan tidak berat sebelah dalam mengeluarkan berita."

Alistair Edwards telah mendedahkan ada beberapa pasukan sudah menghabiskan sehingga RM300-400 juta dalam tempoh 10 tahun namun masih tidak mempunyai kemudahan asas.

"Pasukan seperti Pahang, Kedah, Selangor dan Felda United telah membelanjakan banyak wang pada tahun-tahun sebelum ini sehingga mencecah RM30-40 juta setahun. Sepanjang 10 tahun, beberapa pasukan juga sudahpun berbelanja hingga RM300-400 juta namun kebanyakan pasukan ini masih tidak mempunyai kemudahan asas seperti pusat latihan, kelengkapan dan kepakaran untuk membantu perkembangan pemain. Sebaliknya, kebanyakan wang ini digunakan hampir sepenuhnya untuk mendapatkan pemain dalam mengejar kejayaan segera."

Pelaburan untuk fasiliti nyata membantu JDT untuk pembangunan pemain muda yang bakal menjadi tonggak negara dan mampu melahirkan ramai pemain di peringkat remaja,

"Di JDT, kelab telah melabur dalam memastikan fasiliti dan kelengkapan berada pada tahap terbaik dan mempunyai kepakaran dalam membantu pembangunan pemain. Pemain seperti Safawi Rasid, Afiq Fazail, Adam Nor Azlin, Syamer Kutty Abba dan Syafiq Ahmad telah mempertingkatkan prestasi mereka melalui fasiliti dan sistem sokongan JDT."

"Fasiliti yang sama turut diberikan kepada pemain muda di Akademi JDT dan keputusan yang ditunjukkan adalah bukti apabila JDT memenangi enam kejuaraan junior kebangsaan dari Bawah-12 hingga Bawah-17 sepanjang dua tahun ini."

Kenyataan penuh dari laman Facebook JOHOR Southern Tigers

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) terkilan dengan kenaifan akhbar Harian Metro yang menggunakan tajuk "Ada Duit...

Posted by JOHOR Southern Tigers on Sunday, 3 November 2019

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) terkilan dengan kenaifan akhbar Harian Metro yang menggunakan tajuk "Ada Duit Semua Jadi" di muka belakang dan kejahilan artikel tersebut apabila menyindir bahawa wang adalah faktor keseluruhan kejayaan.

Sememangnya JDT mempunyai kewangan yang kukuh, tetapi adalah 'foolish' untuk memikirkan kuasa wang sahaja cukup untuk membawa kejayaan. Kejayaan Harimau Selatan adalah hasil dari pelan menyeluruh dalam memastikan kelangsungan kelab bagi memenuhi sasaran jangka pendek dan jangka panjang. Memiliki wang tanpa pengetahuan dan kesungguhan untuk berjaya tidak akan menjadikan JDT sebuah empayar seperti pada hari ini.

Kenyataan bahawa pemain berpendapatan paling rendah pun mencecah puluhan ribu ringgit adalah tidak benar sama sekali dan ini dilihat sebagai satu usaha menidakkan segala usaha keras yang dijalankan di JDT. Kami akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap tuduhan melulu yang dilemparkan dalam artikel tersebut. Kami berharap agar organisasi media bersikap lebih objektif dan tidak berat sebelah dalam mengeluarkan berita.

Pasukan seperti Pahang, Kedah, Selangor dan Felda United telah membelanjakan banyak wang pada tahun-tahun sebelum ini sehingga mencecah RM30-40 juta setahun. Sepanjang 10 tahun, beberapa pasukan juga sudahpun berbelanja hingga RM300-400 juta namun kebanyakan pasukan ini masih tidak mempunyai kemudahan asas seperti pusat latihan, kelengkapan dan kepakaran untuk membantu perkembangan pemain. Sebaliknya, kebanyakan wang ini digunakan hampir sepenuhnya untuk mendapatkan pemain dalam mengejar kejayaan segera.

Di JDT, kelab telah melabur dalam memastikan fasiliti dan kelengkapan berada pada tahap terbaik dan mempunyai kepakaran dalam membantu pembangunan pemain. Pemain seperti Safawi Rasid, Afiq Fazail, Adam Nor Azlin, Syamer Kutty Abba dan Syafiq Ahmad telah mempertingkatkan prestasi mereka melalui fasiliti dan sistem sokongan JDT.

Fasiliti yang sama turut diberikan kepada pemain muda di Akademi JDT dan keputusan yang ditunjukkan adalah bukti apabila JDT memenangi enam kejuaraan junior kebangsaan dari Bawah-12 hingga Bawah-17 sepanjang dua tahun ini.

Alistair Edwards, Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim

———

Johor Darul Ta'zim FC (JDT) are surprised of the naivety of Harian Metro's back page today titled "Ada Duit Semua Jadi" (Everything Possible With Money) and the article's lack of wisdom in insinuating that money is the root of all success.

While JDT do indeed have stable financing, it is foolish to think that money alone can bring success. The Southern Tigers' success is a result of carefully thought plans in ensuring there is progress at the club to meet its long term and short term goals. Money without the knowledge and determination to succeed would not have allowed JDT to grow into the empire we are today.

The notion that even the least paid players earn five-figure salaries ("Puluhan Ribu") is absolutely untrue and it is an effort to undermine the great work done at JDT. We are considering legal action on unscrupulous allegations stated in the article. We hope media organisations will be objective in their writings without any biasness.

Teams such as Pahang, Kedah, Selangor and Felda United have had plenty of money over the years, some as much as RM30-40 million per year. Over a period of 10 years, some of these teams have spent up to RM300-400million in total, yet most of these teams do not even have basic facilities such as a training centre, equipment and expertise to help a player grow. Instead, plenty of these funds are used entirely on players in pursuit of instant success.

At JDT, the club has invested in ensuring there are top facilities, equipment and expertise to help players grow. Players such as Safawi Rasid, Afiq Fazail, Adam Nor Azlin, Syamer Kutty Abba and Syafiq Ahmad have raised their standards with the facilities and support system at JDT.

Similar facilities are also available for aspiring youngsters at the JDT Academy and the results are evident as JDT won six national junior titles from Under-12 to Under-17 over the last two years.

Alistair Edwards, Johor Darul Ta’zim FC Technical Director



Paparkan Komen