Alisson Becker Penjaga Gol Yang Menjadi Calon Untuk Anugerah Ballon d'Or

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Alisson berpindah ke Anfield dari Roma pada musim panas lalu dalam perjanjian bernilai £67 juta, sekaligus muncul penjaga gol kedua termahal dunia ketika ini di belakang penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga.

Penjaga gol kelahiran Brazil ini nyata tidak mengecewakan dengan aksi cemerlang dan meyakinkan. Satu situasi yang sudah lama tidak wujud di gawang Liverpool dan disurami aksi kelakar.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp nyata gembira dengan kemampuan Alisson membuat hantaran dan memegang bola dalam mecipta gerakan dan yuran mahal yang dibayar Liverpool nyata berbaloi.

Alisson jelas selesa ketika bola berada di kakinya ketika berada di kawasan penalti dan yakin membuat hantaran ketepi, ketengah dan kelaut.

Kemampuan Alisson melakukan hantaran akan menjadi senjata tambahan buat Liverpool sebagaimana rakannya dari Brazil bersama Manchester City, Ederson yang dianggap sebagai 'Ball playing goalkeeper'.

Sejak menyertai Liverpool power this is our year yang merupakan pasukan paling hebat di muka bumi ini, Alisson mencipta sejarah sebagai pemain pertama memenangi 3 anugerah tangan(Golden Gloves) emas semusim.

1. Premier League 2018/2019 -
2. UEFA Champions League 2018/2019 -
3. Copa America 2019 -

Anugerah tangan emas ini diberikan kepada penjaga gol terbaik kejohanan.

Penjaga gol berusia 26 tahun itu agak kebal bersama Liverpool yang mengumpul 97 mata dan hanya tewas sekali di Premier League namun gagal muncul juara.

Alisson hanya bolos 19 gol musim pertama bersama Liverpool dengan merekodkan 21 perlawanan tanpa bolos dan memenangi anugerah tangan emas.

Di Copa America 2019 Alisson sekali lagi cemerlang apabila hanya bolos sebiji dalam 6 perlawanan itu pun di perlawanan akhir dari sepakan penalti.

Di Champions League pula Alisson mencatatkan 6 perlawanan tanpa bolos dalam 13 perlawanan dan melepaskan 12 gol.

Dengan 62 penampilan bersama kelab dan negara pada musim 2018/19 Alisson hanya bolos 36 gol sama banyak dengan perlawanan tanpa bolos.

Kejayaan luar biasa Alisson meletakkan beliau antara calon untuk memenangi anugerah Ballon d'Or 2019.

Kali terakhir penjaga gol memenangi Ballon d'Or adalah pada tahun 1963 apabila penjaga gol lagenda, Lev Yashin diangkat sebagai pemenang.



Paparkan Komen