Alexis Sanchez Buktikan Beliau Masih Pemain Bola Sepak Bukan Piano

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 minggu yang lalu

Akhirnya pemain piano Manchester United menemui kelab barunya, Inter Milan selepas tidak diperlukan lagi di Old Trafford dan menyertai pasukan Antonio Conte secara pinjaman sehingga tarikh 30 Jun 2020.

Alexis Sanchez bakal bersatu kembali bersama bekas rakan Setan Merahnya di Inter Milan, Romelu Lukaku yang menyertai pasukan Italy itu dengan nilai perpindahan ยฃ74 juta pada perpindahan musim panas.

Pemain Chile ini merupakan pemain yang menerima gaji yang terbesar di Manchester United, ยฃ400,000 seminggu je dan Manchester United dipercayai telah memberi subsidi kepada Inter Milan bagi menjayakan pinjaman ini.

Dengan gaji yang begitu besar, Sanchez dibayar Setan Merah untuk bermain bola sepak dan beliau lebih kerap bermain piano berbanding tujuan asal menimbulkan rasa tidak harmoni di kem Setan Merah yang mana pemain lain juga mahukan gaji yang besar kerana mereka bermain bola sepak.

Sanchez dilaporkn menerima gaji sekitar ยฃ4.5 juta je setahun bersama Inter Milan tetapi tidak mempunyai pilihan untuk membeli pemain itu seperti mana termaktub dalam perjanjian yang dipersetujui bersama.

Ketika Sanchez menjadi bahan tawa ketika di Manchester United, peluang kedua tiba buat Sanchez untuk membuktikan beliau bukan pemain piano tetapi masih lagi seorang pemain bola sepak yang mempunyai hobi bermain piano.

Alexis Sanchez membuat penampilan di kesebelasan utama buat pertama kali dan ramai menunggu untuk melihat aksi Sanchez samada ada padu atau sendu seperti biasa.

Pemain kebangsaan Chile itu telah dituduh sebagai penjaring gol pertama Inter Milan yang berada di depan selepas rembatan Stefano Sensi terkena Sanchez dan masuk ke gawang.

Gol pertama Inter itu diberikan kepada Stefano Sensi sebagai penjaring namun Sanchez tidak sentap untuk memiliki gol itu.

Pada minit ke-22 Sanchez telah menggandakan kedudukan apabila mudah menolak masuk bola selepas melepasi perangkap offside.

Aksi adiwira Sanchez ini bertukar menjadi aksi yang tidak sepatutnya dilakukan apabila beliau dilayangkan kad kuning kedua dan membawa kepada kad merah.

Ini kerana Sanchez telah melakukan satu simulasi yang berada dalam kategori terjunan dan membuatkan mata pengadil berbulu dengan aksi itu lalu dilayangkan kad kuning kedua.

Apakah yang membuktikan Sanchez kini menjadi pemain bola sepak kembali?

1. Menjaringkan dua gol dalam debut di kesebelasan utama sebelum tamat separuh masa pertama, namun gol pertama diberikan kepada Stefano Sensi.

2. Mengutip kad kuning pertama, kedua dan kad merah. Hanya pemain bola sepak dapat menikmati kad seperti ini bukan pemain piano.

3. Melakukan simulasi terjunan atau berlakon bagi mendapatkan penalti.

Untuk rekod selama dua musim bersama Manchester United, Sanchez telah melakukan 45 penampilan dengan hanya 5 gol dijaringkan. Musim lalu Sanchez bermain 27 perlawanan dan hanya menjaringkan dua gol, satu di Premier League dan satu di FA Cup.

Jadi apa yang dilakukan Sanchez di Inter Milan setakat ini dan aksi yang dipamerkan sangat cemerlang jika dibandingkan dengan keseluruhan musim lalu beliau di Manchester United.




Paparkan Komen