Adidas XI vs Nike XI, Pasukan Mana Paling Power?

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 bulan yang lalu

Ketika semua umat manusia sibuk menantikan kedatangan hari lebaran ada yang mula memenuhkan pusat membeli-belah sebagai persiapan akhir 1 Syawal.

Manusia seperti penulis pula sibuk mengejar 10 malam terakhir, malam seribu bulan malam paling indah malam berkat malam Lailatulqadar sambil mengisi masa lapang dengan menulis dan mengutuk.

Sementara itu pasukan yang layak ke Piala Dunia Rusia 2018 pula sibuk melakukan persiapan akhir dengan mengadakan perlawanan persahabatan sebagai pemanas badan.

Senarai 23 pemain akhir untuk dibawa ke Piala Dunia juga sudah diketahui Isu gugurnya Leroy Sane dan Radja Nainggolan menjadi sebutan tetapi akan dilupakan setibanya sepak mula Piala Dunia.

Adidas dan Nike mengusai penajaan jersi negara yang bertanding dikejohana 4 tahun sekali ini di samping Puma dan Kobert.

Adidas XI vs Nike XI

Selain tajaan jersi Adidas dan Nike juga menaja pemain secara individu. Bagi Adidas, Lionel Messi mengetuai mereka yang ditaja.

Nike pula dikepalai Cristiano Ronaldo yang menjadi wajah dan duta mendapat tajaan seumur hidup yang bernilai $1 Bilion je.

Jadi dengan mengumpul pemain menjadi kesebelasan utama Adidas dan Nike pasukan manakah yang power teruk dan hebat?

Pemain yang dipilih dalam kesebelasan utama ini adalah mereka yang tersenarai untuk ke Piala Dunia.

Adidas XI

Bagi Pasukan Adidas, Lionel Messi bakal bergandingan bersama Gabriel Jesus dan pemain sensasi Mohamed Salah yang turut dibawa walaupun cedera di bahagian serangan.

Salah yang mengalami kecederaan bahu dijangka dapat diturunkan pada perlawanan pembukaan Mesir di Piala Dunia.

Pemenang kasut emas Eropah

Jentera tengah Adidas XI bakal diisi oleh pemain tengah handalan dunia dari 3 negara yang menggiurkan, menyaksikan gandingan sedap Dele Alli, Paul Pogba dan Toni Kroos.

Marcelo, Vincent Kompany, Cesar Azpilicueta dan Jordi Alba melengkap 4 posisi pertahanan yang sempurna lagi jitu.

Pertahanan Adidas XI menjadi lebih sempurna dengan kehadiran penjaga gol nombir 1 Sepanyol dan antara penjaga gol terbaik dunia, David De Gea di benteng terakhir.

Gandingan pemain ini akan dimainkan dengan formasi 4-3-3

Penjaga Gol

1. David De Gea (Sepanyol)

Pertahanan

1. Marcelo (Brazil)
2. Vincent Kompany (Belgium)
3. Cesar Azpilicueta (Sepanyol)
4. Jordi Alba (Sepanyol)

Tengah

1. Dele Alli (England)
2. Paul Pogba (Perancis)
3. Toni Kroos (Jerman)

Penyerang

1. Lionel Messi (Argentina)
2. Gabriel Jesus (Brazil)
3. Mohamed Salah (Mesir)

Nike XI

Pasukan Nike terdiri dari pemain yang melelehkan air liur seperti melihat gambar makanan di Facebook ketika tengahari di bulan puasa.

Jentera serangan Nike akan menggandingkan dua penyerang prolifik dunia yang sentiasa tajam serta digeruni di dunia yang fana ini, Cristiano Ronaldo dan Harry Kane.

Takut teruk dengan Messi

Lagi melenjunkan air liur tanpa had adalah gandingan 5 pemain tengah yang menjadi idaman semua, Kevin De Bruyne, Eden Hazard, Christian Eriksen, Andres Iniesta dan Luka Modric. Merecik.

Sementara itu Jerome Boateng, Thiago Silva dan Sergio Ramos akan membentuk gandingan bertiga melindungi Thibaut Courtois di gawang.

Gandingan pemain ini membentuk formasi 3-5-2.

Penjaga Gol

1. Thibaut Courtois (Belgium)

Pertahanan

1. Jerome Boateng (Jerman)
2. Thiago Silva (Brazil)
3. Sergio Ramos (Sepanyol)

Tengah

1. Kevin De Bruyne (Belgium)
2. Eden Hazard (Belgium)
3. Christian Eriksen (Denmark)
4. Andres Iniesta (Sepanyol)
5. Luka Modric (Craotia)

Penyerang

1. Cristiano Ronaldo (Portugal)
2. Harry Kane (England)

Menggiurkan bukan? Pada pemandangan penulis bahagian serangan dan pertahana pasukan Adidas lebih padu.

Pasukan Nike bahagian tengah sememangnya kecur air. Tu pemandangan aku.

Korang rasa?




Paparkan Komen