Adidas Perkenalkan Boot Baru Berkonsepkan 'Kasut Noreh Getah'

Izuddin oleh Izuddin 5 bulan yang lalu

Sempena ulang tahun kelahiran Adidas yang ke-70, pengeluar kasut sukan terbesar dunia itu telah melancarkan satu boot bola yang baru yang diberi nama 'COPA70'.

Jika anda masih ingat, nama kasut seakan-akan sama seperti kasut yang pernah meniti di bibir peminat bola sepak suatu ketika dahulu iaitu 'Copa Mundial'.

Lawa kan ? Keluaran limited sempena tertubuhnya Adidas selama 70 tahun

'Copa Mundial' dianggap kasut legenda dalam sukan bola sepak dan sering digayakan oleh pengadil di atas padang.  Tidak cukup dengan itu, kasut tersebut juga boleh dipakai untuk tujuan yang lain seperti memotong getah di kebun.

Bagi menghargai sokongan peminat terhadap Adidas selama ini, syarikat tersebut memperkenalkan 'COPA70' yang diinspirasi daripada kasut ikonik 'Copa Mundial'.

Copa Mundial ori

Jika dilihat daripada design kasut tersebut, ia seperti membawa anda kembali ke masa silam ditambah dengan sedikit sentuhan moden.

Tetapi harus diingat 'COPA70' tidak dikeluarkan secara besar-besaran oleh Adidas atau dalam bahasa Orang Putih ianya adalah 'limited edition'.

Ambik duit aku dan pergi beli sekarang !




Paparkan Komen