Aaron Wan-Bissaka Semakin Hampir Sertai Manchester United

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 minggu yang lalu

Selepas entah berapa lama main tarik tali antara manchester United dengan Crystal Palace, Aaron Wan-Bissaka dilaporkan semakin hampir untuk menyertai kelab Setan Merah itu dengan nilai perpindahan £50 juta je.

Aaron Wan-Bissaka akan menjalani ujian perubatan di Manchester United dalam tempoh 24 jam dan menunjukkan kemajuan dalam mendapatkan pemain pertahanan kanan Crystal Palace itu.

Pembelian pemain pertahanan Palace itu melibatkan kos sebanyak £45 juta dicampur £5 juta sebagai jika memenuhi syarat di persetujui bersama.

Sebelum ini Setan Merah dilaporkan menawarkan £35 juta bersama £15 juta untuk syarat tambahan, namun mentah-mentah ditolak Palace.

Ini kerana Palace akan mendapat bayaran tambahan £15 juta itu jika Manchester United menjadi juara Champions League. Setan betul buat syarat bukan-bukan dan tak masuk akal.

Dah lama musim depan main Europa League, letak syarat juara Champions League. Gila.

Kisah Setan Merah Dan Bissaka Sebelum Ini

Sebelum ni kelab gergasi Inggeris suatu ketika dahulu, Manchester United dilaporkan telah melancarkan bidaan untuk mendapatkan pemain pertahanan Crystal Palace, Aaron Wan-Bissaka.

Pemain England bawah 21 tahun itu dianggap calon paling sesuai untuk menggantikan tempat Antonio Valencia yang tidak disambung kontrak dan telah meninggalkan Manchester United sebagai ejen bebas minggu lalu.

Adakah Wan-Bissaka akan bergelar pemain Setan Merah musim hadapan ?

Menurut sumber Sky Sports, Red Devils telah melancarkan bidaan yang agak tinggi terhadap Wan-Bissaka dan kini terpulang kepada Palace untuk menerimanya atau tidak.

Namun begitu, nilai tersebut mungkin masih belum mencukupi untuk melembutkan hati Palace. Kelab London itu dilaporkan meletakkan nilai setinggi £50 juta untuk Wan-Bissaka.

Wan-Bissaka masih mempunyai kontrak selama 3 tahun di Selhurst Park dan kelab tersebut sebelum ini pernah menyatakan pendirian tidak mahu melepaskan Wan-Bissaka kepada mana-mana kelab musim panas ini.

Walau bagaimanapun, Palace mungkin akan menilai kembali pendirian mereka terhadap Wan-Bissaka berikutan bidaan tinggi yang dilancarkan Manchester United terhadap pemain tersebut.

Musim yang cemerlang menyebabkan Wan-Bissaka menjadi buruan kelab-kelab ternama seperti Manchester City dan Arsenal.

Wan-Bissaka yang baru berusia 21 tahun, melakukan debutnya bersama Palace pada Februari 2018 dan beliau tidak mengambil masa yang lama untuk menjadi pemain utama dalam skuad tersebut. Musim ini menyaksikan Wan-Bissaka melakukan 39 penampilan dalam kesebelasan utama Palace yang menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris pada kedudukan ke-12.

Berikutan persembahan cemerlang musim ini, Wan-Bissaka telah dinamakan sebagai pemain terbaik Crystal Palace musim ini.

Manchester United dlihat pasukan yang paling sibuk dalam jendela perpindahan musim panas yang baru sahaja dibuka beberapa hari. Pemain sayap Swansea, Daniel James menjadi pemain pertama dibawa masuk ke Old Trafford pada jendela perpindahan ini selepas kedua-dua buah kelab bersetuju dengan yuran perpindahan yang dianggarkan berjumlah £17 juta.

Yang pasti masih ramai pemain yang akan menyusul selepas ini berikutan keputusan Manchester United yang melepaskan beberapa pemain dalam skuad utama seperti Ander Herrera dan Valencia.

Pemain tengah Sepanyol, Juan Mata masih bernasib baik selepas menerima tawaran lanjutan kontrak selama setahun.

Pemain berkelajuan pelesit bakal menjadi tunjang utama Setan Merah musim hadapan

Jendela perpindahan kali ini merupakan waktu paling penting buat Ole Gunnar Solskjaer membina pasukan yang mampu memberi cabaran kepada Manchester City dan Liverpoo musim depan.

United terlepas peluang untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan selepas sekadar menamatkan musim di tempat ke-6 dan akan menemani Arsenal bermain dalam Europa League.




Paparkan Komen